Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Wednesday, May 26, 2010

bacalah dengan hati terbuka...


Cikgu: Di tangan cikgu ada segelas air. Cuba kamu semua teka berapa berat gelas yang cikgu pegang ni?
Pelajar: 100 gram…! 200 gram…! 135 gram!
Cikgu: Cikgu pun tak tahu berapa berat gelas ini. Cikgu nak tanya soalan ni sebenarnya, apa akan jadi kalau cikgu pegang gelas ni beberapa minit?
Pelajar: Tak jadi apa-apa!
Cikgu: Kalau cikgu pegang selama sejam?
Pelajar: Tangan cikgu penat!
Cikgu: Kalau cikgu pegang satu hari?
Pelajar: Tangan cikgu akan sakit sangat, cikgu jadi penat, mungkin boleh pengsan! Boleh masuk hospital!
Pelajar: ??
Kelas riuh sebentar.
Cikgu: Kesian cikgu kena masuk hospital, tapi cikgu nak tanya lagi, berat gelas ni berubah tak?
Pelajar: Tak berubah…
Cikgu: Tapi tangan cikgu sakit?
Pelajar: Cikgu kenalah letak gelas tu kat atas meja ke, taklah sakit tangan.
Cikgu: Tepat sekali! Kena letak gelas atas meja.
“Segala masalah di dalam hidup ini pun sama. Kita simpan dalam kepala kita sedikit, kita rasa OK. Fikir lama-lama, mula sakit kepala. Lama dan lama lagi kita terlalu fikirkan masalah itu, kita mula tertekan dan kita hilang fokus untuk buat perkara lain.”
Antara tanda-tanda orang yang stress, tertekan;
Physical (P) : Mengabaikan tanggungjawab yang lain, kurang atau terlebih tidur, sakit, kurang atau terlebih makan dan lain-lain.
Intelectual (I) : Masalah ingatan, lemah pada penilaian, pesimis, risau yang berlebihan dan lain-lain.
Emotional (E) : Cepat marah, tidak dapat bertenang, kesedihan melampau dan lain-lain.
Simptom-simpton di atas, jika diperhatikan betul-betul boleh menyebabkan seseorang hilang hala tuju hidup.
Benar, memang penting untuk memikirkan segala ujian, kesusahan dan masalah dalam hidup tetapi yang lebih penting ialah untuk meletakkan keyakinan pada Allah SWT.
PAUSE.
Ini antara kepentingan spiritual (S) dalam hidup manusia. Memandu hala tuju hidup.
Seseorang yang mempunyai S yang tinggi, tidak mudah tertekan. Semakin yakin mereka dengan Allah, semakin tenang mereka sewaktu diuji dengan pelbagai masalah dan kesusahan.
(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! (27) Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)! (28) Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia (29) Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! (30)
(Surah al-Fajr : 27-30)
Segala yang berlaku, yang pastinya semuanya atas keizinan Allah. Jika kita diberi masalah dan ujian, jalan keluarnya sudah ada di tangan Allah. Samada kita yakin atau tidak kepada Allah, akan mengubah cara kita melihat masalah-masalah tersebut.
Tidak ada suatu perkara pun yang akan berlaku tanpa keizinanNya.
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur.Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).
(Surah al-Baqarah : 255)
Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi r.a. akan hadith daripada Ibn Abbas, Abdullah ibn Abbas r.a. yang berkata : “Sesungguhnya aku berada di belakang Nabi SAW pada suatu hari dan Baginda lalu bersabda :
“Wahai pemuda sesungguhnya aku akan mengajarkan kamu beberapa kalimah (pesanan) iaitu :
Peliharalah Allah (pelihara hakNya) maka nescaya Allah akan memelihara kamu, peliharalah Allah (taati perintahNya dan jauhi laranganNya) maka nescaya engkau akan mendapati Dia akan membantu engkau, jika kamu hendak meminta sesuatu maka mintalah kepada Allah dan jika kamu hendak memohon perlindungan dari sesuatu maka mohonlah perlindungan dari Allah.
Ketahuilah jika umat seluruhnya berkumpul untuk memberi manfaat kepada engkau dengan sesuatu maka tidaklah mereka dapat memberi manfaat kepada engkau melainkan dengan apa yang telah Allah tetapkan kepada engkau dan jika seluruh umat berkumpul untuk memudharatkan engkau dengan sesuatu maka tidaklah memberi mudharat mereka itu melainkan dengan apa yang telah Allah tetapkan buat engkau.
Telah terangkat qalam-qalam dan telah kering dakwat (satu perumpamaan yakni telah selesai urusan penyampaian pesanan)”
(Hadith sahih riwayat Tirmidzi no. 2516)
Have faith! Lihat dan jalani kehidupan dunia dengan S!
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
(Surah al-Fatihah : 6)
Nota : S merujuk kepada spiritual, keyakinan, iman atau aqidah.

sumber : http://zunnur7.blogspot.com/2010/05/melihat-masalah-dari-kacamata-s.html

No comments: