Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Wednesday, June 2, 2010

pantun seloka

Pertama sekali, aku nak mintak maaf kalau entri ni menyinggung perasaan sesetengah pihak. Bukan niat aku nak menjatuhkan sesiapa, sebaliknya sekadar nak memberikan kesedaran sikit jer…
Satu ketika dulu, heboh dan kecoh pasal lagu Minah Tudung. Ingat tak? Kali ni aku nak kongsi sikit pantun seloka mengenai pemakaian bertudung…

Pakai tudung tapi telanjang,
itulah gaya orang sekarang.
Mana tidaknya, ukuran body semuanya terang terang,
yang mana kendur yang mana tegang.

Baju nipis nampak bayang,
peha gebu saja ditayang,
lebih baik tak pakai baju senang,
dah tentu boleh tunjuk terang-terang.

Baju ketat seluar sendat,
pakai tudung just ikat ikat.
Dari mula memang bukan adat,
di sudut agama pun gaya tak berkat.

Tudung jarang baju nipis,
pakai skirt boleh nampak ‘garis’.
Mata org terbeliak, kau membengis.
Bila kena kutuk, kenapa menangis?

Lengan pendek blaus gantung,
jeans ketat melekat dipunggung,
jadi org islam ni sebenarnya beruntung,
agama tak suruh bungkus macam polong!

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah?
Kau takut rambut orang kurang ghairah?
Lain kalau peha gebu atau nampak lurah,
mata memandang boleh keluar darah!

Kebaya ketat, kain terbelah,
ikat tudung macam tak mudah,
nak ikut suruhan agama memang tak susah,
tapi islam sebenarnya indah.

Tutup aurat bukan suruh berselubung,
sampai tak nampak muka dan hidung,
yang faham tuntutan amat beruntung,
taklah bersungut mulutpun muncung.

Dah kalau mula minat nak bertudung,
cubalah disesuaikan apa yang disarung,
kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’,
maknanya nafsu tu belum dapat dibendung.

Bertudung tu bukan satu paksaan,
ianya lebih kepada keinsafan,
selalunya nafsu masih dikuasai syaitan,
itu la pasal fesyen pun yang bukan bukan.

Baik tak bertudung kalau hanya nak rosak imej,
walhal islam suruh pakai yang sopan dan manis,
dah kalau pakaian mengalahkan pengemis,
atas tutupbawah buka, ni apa punya jenis??

Kita memang hidup dalam era serba maju,
sungguhlah iman tak dinilai just ikut baju,
kalau bertudung tapi pakai yang gitu-gitu’,
kita pun susah nak kenal manusia ke hantu!

Harap maaflah kalau terlalu panjang,
bukan sengaja mereka yang bukan bukan,
berpantun seloka bukan setakat hiburan,
yang mana betul jadikan pedoman.
sori la klu gambo ni terlalu kecik...korang save la gambo ni klu nk tgk pe yg dy tulis...

sumber: atok poyo

No comments: