Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Monday, December 13, 2010

sekadar nasihat

assalamulaikum...

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab : Ayat 59)

ayat di atas mengenai kewajipan menutup aurat...terlintas difikiran aku untuk buat post macam ni sebab tadi waktu lepas maghrib lebih kurang pukul 7.30 ptg, aku terTONTON satu rancangan yang dihoskan oleh Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah...tajuk yang dibincangkan adalah mengenai pemakaian tudung...agak terkejut bila aku ternampak seorang artis (tetamu jemputan) yang sebelum ni tak pakai tudung menceritakan pengalaman dia pertama kali memakai tudung...sampai menangis artis tu cerita pengalaman dia...memang betul cakap datuk fadzilah bahawa semua lelaki NORMAL ingin mendirikan rumah tangga dengan wanita bertudung...

lepas abes je rancangan tu, aku terus terfikir, aku ada ke kawan yang tak bertudung....puas aku fikir, semuanya berTUDUNG kecuali non-muslim la...tapi ada segelintir yang bertudung cukup syarat je...maksud aku diorang ni bertudung tapi nampak aurat lain...contohnya nampak lengan, peha, *****, dll.....pendek kata kalau pakai baju serupa tak pakai baju gayanya...hahaha

aku ni bukannya nak tunjuk alim kat orang ramai, cuma pada pendapat aku, kita sebagai kawan kenalah saling mengingati...kita tak tahu bila ajal kita...manalah tahu andai nasihat ni ada yang terima dengan ikhlas, maka bertambahlah pahala aku dari nasihat yang aku berikan....insyaALLAH setiap apa yang kita lakukan, ALLAH akan sentiasa meredhai perbuatan kita.... renung-renungkan la ye...

2 comments:

Syazana Aziz said...

good payjoe!
sebagai umat islam kita kena saling mengingati. yg xnak dgr tu, doakan kelembutan hati untuk diorang supaya terbuka hati untuk berubah.
InsyaAllah..

farhan hanif said...

insyaALLAH...semoga hati mereka ni lembut bak sutera...=)