Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Saturday, February 12, 2011

awak tak sombong kalau awak berfikiran macam ni...=)

dalam keadaan yang membosankan ni, tadi aku bukak la lawan web iluvislam...so aku terbaca la satu puisi kreatif ni...mungkin puisi ni sesuai ngan keadaan aku sekarang ni kot...kalaulah DIA berfikiran macam ni, aku tak kesah...sebab orang macam ni la sepatutnya yang aku cari...selamat membaca..=)

Sombongkah aku kiranya tidak mahu membalas pesanan ringkasmu?
Sombongkah aku jika membiar sepi YM darimu?
Sombongkah aku jika aku hanya membiarkan panggilan darimu berlagu tidak berjawab?

Ya,aku memang sombong.
Namun aku sombong bertempat!
Bukan pada semua.

Tapi hanya padamu,lelaki ajnabi yang tidak halal buatku.
Pantaskah aku membalas SMS mu kiranya luahan rindu yang kau ucapkan?
Perlukah aku membalas YM mu jika omongan cinta yang kau ingin bicarakan?
Haruskah aku berbual denganmu jika tiada perkara penting yang mahu dibincangkan?

Kau bukan suamiku,perlukah kita melakukan semua itu?
Tepuk dada,tanyalah imanmu sendiri wahai teman.

Maaf aku tidak sanggup melakukan semua itu jika murka Allah yang ku dapat
Jika kerana sikapku ini kau memanggilku sombong, nah silakan.
Aku tidak peduli.
Jika kerana ini kau memandangku seorang yang kolot
Aku masih juga tidak peduli
Apalah sangat pandanganmu jika dibandingkan dengan pandangan murka Tuhanku

Kiranya aku mengikut kemahuanmu
Aku lebih takutkan Tuhan yang menjadikan kau dan aku.

Sebelum tiba masanya, biarlah kulabuhkan dulu cintaku pada-Nya
sebelum kulabuhkan cintaku kepada yang berhak keatasku kelak
Hanya untuk suamiku,cinta halal bagiku.


so camne?...memang padan la ngan aku kan...dia langsung tak reply YM aku...formspring aku...mesej?...malas nak mesej...kol?..malas nak kol....sebab aku tau dia selalu online...kalau mesej tu macam buang masa je...bazir kredit pulak tu...ALLAH tak suka orang membazir ni...membazir amalan syaitan...lain la kalau takde connection internet ke..tu aku tak kesah la....

No comments: