Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Wednesday, March 16, 2011

Fizik, Fizik, dan Fizik

salam....lama dah tak update ini blog...banyak benda nak update sebenarnya tapi sensitiviti punya pasal, aku terpaksa cancel...huhu..ok la...tadi tengah godek-godek facebook, aku terjumpa la satu dialog ni...selamat membaca ye...=)

CINTA BUDAK FIZIK
Jejaka : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku dibahagi isipadu jantungku. 
Masihkah kau tidak membuatsebarang anggapan??
Gadis : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.
Jejaka : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.
Gadis : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yang kuberikan.
Jejaka : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar.
Gadis : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.
Jejaka : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yang kau berikan.
Gadis : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yg mempunyai janji-janji manis yang bergerak secara rawak.
Jejaka : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melalui proses pencaran dan perolakan.
Gadis : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?
Jejaka: Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu
Gadis: Adakah kita akan berpadu secara kimia?
Jejaka: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.
Gadis: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak balas dengannya.
Jejaka: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.
Gadis: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitude dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak percaye?
Jejaka: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.
Gadis: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah
tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg seragam.
Jejaka: Kau harus bersabar, kerana sabar itu adalah unsur-unsur dari iman.
Gadis: Tapi, imanku adalah infiniti!
Jejaka: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau blum mendarabkannya dengan 6x10^23
Gadis: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.
Jejaka: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.
Gadis: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku sendirian...



*aku rasa newton pon tak pernah terfikir nak buat ayat-ayat camni time couple dulu-dulu...maklumlah, dunia dah maju, kenalah ikut peredaran zaman...ayat kena tukar...hahaha






No comments: