Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Sunday, May 15, 2011

Faedah, Manfaat, dan Kebaikan Berblogging Kepada Manusia Sejagat

Assalamualaikum. semakin hari semakin ramai manusia yang memulakan aktiviti berblogging sebagai aktiviti harian mereka. jika dahulu, blog hanya digunakan sebagai tempat meluahkan perasaan ataupun diari yang diupdate setiap minggu atau beberapa hari kemudian. kini, hampir setiap hari kita boleh melihat para bloggers tegar atau tidak tegar mengupdate blog mereka sekurang-kurangnya 12 jam sekali. persoalannya disini adalah apakah yang para bloggers akan dapat dengan melakukan aktiviti sebegini???




***********************
hahaha. amacam ayat introduction aku kat atas ni? superb kan. inilah ayat karangan budak A1 Bahasa Melayu. hahaha. ayat berlagak disitu. tapi itu kisah dulu. sekarang dah tak belajar benda-benda tu semua. baiklah berbalik kepada topik asal aku tadi, apakah yang para bloggers dapat dengan melakukan aktiviti berblogging ni? so aku nak jawab bagi pihak aku la kan.




1)kepuasan
maksud aku kepuasan ni adalah apabila aku berjaya membuat entri-entri yang berdasarkan idea aku sendiri. tiada unsur plagiat, Ctrl C + Ctrl V, ataupon copy and paste. bagi blogger baru macam aku ni pada mulanya agak susah nak kembangkan idea. dengan mencari tips-tips yang diberikan oleh blogger-blogger otai misalnya Izamir Ridzwan agak membantu aku dalam mencari idea-idea yang bernas. contoh paling mudah adalah apabila datang sesuatu idea tu tetapi keadaan internet tidak mengizinkan kita mengupdate blog, jangan biarkan idea tu lari ataupun hilang. gunakan MicrosoftWord atau yang paling simple adalah Notepad.

2)HTML editor
cuba korang tengok header kat atas. ada gambar aku kan. pada asalnya header kat atas tu cuma gambar seekor burung je. lepas tu aku buat header baru pakai adobe photoshop. masa nak letak dekat HTML tu lah yang paling susah aku rasa masa tu. maklumlah masa tu baru habis SPM. tak tahu nak buat apa, aku terjebaklah dalam dunia blogging ni. niat asal aku nak belajar design-design template ni. so inilah hasilnya. blog yang diharungi dengan kegelapan.

3)kongsi pendapat
dalam dunia blogging ni tak salah kalau nak kongsi pendapat. bagi aku, bloggers ni ada macam-macam jenis. ada yang suka berkongsi cerita, ada yang suka berkongsi tips berblogging, dan ada juga yang suka menghasut. blogger yang suka bercerita kebanyakannya mempunyai daya imaginsi yang tinggi. contohnya faiz tapit, ayem ayam dan pak rodi. otak diorang tak kotor, cuma terlebih imaginasi. hahaha. blogger yang suka berkongsi tips blogging pulak macam izamir ridzwan dan mas ahmad safwan. aku taknak sentuh pasal blogger menghasut ni sebab ada kaitan dengan politik. hahaha. tak pasal-pasal kena tahan nanti.

4)sumber kewangan
hasil daripada blogwalking aku tadi, hampir semua blog aku singgah mempunyai paparan iklan terdiri daripada nuffnang, advertlets, innity dan churpchurp. blog aku ni cuma ada nuffnang dengan churpchurp je. tak layak nak letak yang advance-advance macam innity dengan advertlets tu. maklumlah blog baru setahun jagung. followers pon tak sampai 100 lagi pulak pembaca kan. aku letak iklan ni masa habis matrik dulu iaitu iklan nuffnang. so sekarang dah setahun lah aku pakai nuffnang ni. nak tau dah berapa kali aku dapat cek?...ZERO. huahuahua. setelah setahun aku pakai nuffnang  ni tak sampai RM20 pon wang terkumpul. sadis bukan. wang bukan penghalang untuk aku terus berblogging. yang penting hati ikhlas dalam menyampaikan sesuatu pendapat.=)

so itu sajalah entri untuk kali ni. semoga entri ni dapat mengubah persepsi manusia-manusia yang memandang rendah pada bloger-bloger ni.diorang tak tahu manfaatkan internet, sebab tu diorang cakap macam tu *ayat sedapkan hati

No comments: