Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Monday, May 16, 2011

kisah anak guru: Selamat Hari Guru

Assalamualaikum. GURU PENJANA TRANFORMASI PENDIDIKAN NEGARA. itulah moto yang digunakan bersempena HARI GURU 2011 harini. setelah 20 tahun aku hidup, dah beratus atau mungkin beribu guru yang aku kenal dah mengajar aku. tapi semalam kat formspring ada sorang tanya, "sebutkan nama seorang guru masa korang darjah 1." serius aku dah tak ingat siapa nama guru aku malah nama guru kelas pon aku tak ingat. bukan aku lupa jasa mereka tapi paham-pahamlah kan masa darjah 1 dulu cuma ingat nak main je sampai tak ingat nama cikgu pon ada. hahaha. yang aku ingat cuma cikgu masa SPM je. memandangkan ramai yang cerita pasal kena denda masa time sekolah-sekolah dulu, aku pon nak cerita jugaklah.




first time aku kena denda masa darjah satu. hebatkan? hahaha. ceritanya macam ni. masa darjah satu dulukan musim bunga straw. korang tau tak bunga straw tu apa? bunga yang digubah daripada straw. masa tu sebelah kelas aku takde orang. mungkin semua pergi makmal kot. kebetulan masa tu kelas aku takde cikgu jugak. so aku and the gang masuk kelas sebelah dan ambil straw abang-abang and akak-akak tu. nak tau kami buat apa? buat lawan staraw la. yang gesel-gesel straw sampai putus tu. hahaha. biasalahkan sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. aku and the gang kena denda berdiri dalam bilik guru. tak ingat berapa jam. yang aku ingat masa tu lepas rehat dah aku masuk kelas semula time dah nak balik. korang kira la berapa jam. nasib baik lutut aku kuat masa tu. maklumlah masa tu tak tau benda biru-biru ni. hahaha. terima kasih pada cikgu yang denda aku tu. sebab tu aku tak ingat nama dia. aku rasa parents aku tak pernah tau pon pasal benda ni. hahaha

tu pasal kena berdiri, aku pernah jugak kena rotan. dari rotan sekecil jari kelingking sampailah ke besar ibu jari kaki. semua aku dah rasa. yang paling kecil tulah paling sakit. kena rotan kat mana? hampir semua anggata badan aku dah rasa kecuali kat kepala je la. kalau nak cerita pasal kena denda ni, memang banyaklah kan. tapi sekarang aku rasa cikgu-cikgu dah tak berani nak denda-denda ni. maklumlah budak sekarang ni manja gila babi. cubit sikit kena saman dengan mak bapak. tengking sikit kena saman dengan mak bapak. haishhhh. dah la kena saman, kereta kena calar pulak tu. siapa yang harus dipersalahkan?

sempena hari guru ni aku nak ucapkan SELAMAT HARI GURU. tak lupa jugak kat mak aku yang merupakan seorang guru. SELAMAT HARI GURU untuk mak aku. mak aku dulu beria sangat nak suruh aku jadi cikgu. tapi aku taknak. sebab pe? hehehe. nanti aku cerita. hahaha.




ni aku, mak aku dengan anak murid dia. hehehe. bukan nak usha okay. ~_^

4 comments:

ubaidillah zulkefli said...

damn...tulis nk pnjang2..hahaha..weh pejo ...apsl ade energy saving kat blog kau?haram tol...ssh aku nk bce

Farhan Hanif said...

damn kau balik...hahaha...xkan nak tulis pendek2 plk..macam budak sekolah..energy saving tu aku buat 30 saat...nanti aku tukar balik...buat 5 saat okay gak kan...hahaha

Anonymous said...

apple : pergh tinggi la kau pejo.. :D

Farhan Hanif said...

biasala...ikut bapak aku kot...hahaha