Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Friday, May 20, 2011

Konvesyen Kelab PEMADAM IPT 2011 part 3

Assalamualaikum. dua hari dah tak update ini blog. semalam ingat nak update tapi takde masa nak update. busy menguruskan penginapan pelajar-pelajar dari universiti seluruh Malaysia. bayangkanlah aku mula urusan tu dalam pukul 9.30 pagi dah berakhir pada 3.30 pagi. 18 jam aku duduk dalam dewan berhawa dingin dengan cuaca yang agak buruk sebab hujan lebat ditemani panahan petir. so ingatkan pagi tadi bolehlah aku escape program pagi tapi malangnya aku kena join jugak program pagi tu. WTF la. kadar pembukaan mata aku dah berkurang masa pagi tadi tahu tak. tak cukup tidur punya pasal.




tadi lepas maghrib pulak ada buat perasmian Konvensyen Kelab PEMADAM IPTA. sebenarnya aku tension tak dapat tengok Maharaja Lawak malam ni. dan berita yang aku dapat tahu dari Izamir Ridzwan tadi mengatakan pihak Astro ada membuat perjanjian untuk menDELETE semua video yang berkenaan dengan Maharaja Lawak. so lepas ni siapa-siapa yang tengok secara berYOUTUBE terpaksalah lupakan hasrat tu. kena ada jalan alternatif ni. jangan risau. jap lagi adalah jalan alternatifnya tu. dunia maya ni serba boleh la.hehehe

*Al-Fatihah untuk blogger TELUR DIBASUH yang kembali ke Rahmatullah pada hari semalam bersamaan 19 Mei 2011. arwah meninggal akibat jangkitan paru-paru. walaupun aku tak kenal arwah ni siapa, tapi aku selalu baca blog dia time tension. siapa-siapa tension kompem release punyalah tension dia tu. sekarang blog tu dah tinggal kenangan je. semua entri dia dah didelete. mungkin orang yang rapat dengan dia kot.






No comments: