Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Tuesday, June 21, 2011

The Click Five - Don't Let Me Go

Assalamualaikum. seperti biasa bangun je tidur aku terus bukak tv layan lagu-lagu kat MTV Astro (pagi-pagi takde cerita best). asyik dengar lagu angguk-angguk (disco) je, sekali-sekali dengar lagu yang membawa mesej okay jugak kan. entri kali ni aku nak kongsi pasal isu yang pernah top awal tahun ni kalau tak silap iaitu pemerdagangan manusia.


Pemerdagangan manusia adalah perdagangan dan perniagaan yang melibatkan pergerakan atau migrasi manusia secara haram, termasuk aktiviti buruh secara sah dan secara paksa. Istilah ini digunakan dalam konteks lebih sempit oleh kumpulan advokasi untuk merujuk kepada perekrutan, pengangkutan, perlindungan, atau pengambilan manusia bagi tujuan perhambaan, pelacuran, dan buruh paksa (termasuk melalui ikatan hutang). Pengeksploitan pemerdagangan manusia termasuk memaksa orang melakukan pelacuran atau bentuk eksploitasi seks lain, buruh paksa, hamba atau amalan yang sama seperti perhambaan. Bagi kanak-kanak, ekploitasi termasuk untuk tujuan pelacuran, pengambilan anak angkat antarabangsa yang tidak sah, perkahwinan kanak-kanak, atau pengambilan kanak-kanak sebagai tentera, pengemis dan tujuan permainan, atau untuk tujuan kegiatan keagamaan. (Wikipedia)

video klip lagu ni menceritakan sikap segelintir manusia yang buat-buat tak nampak dengan keadaan sekeliling. mereka membuat hal mereka sendiri. sebab tu diorang tutup mata diorang dengan kain. jom tengok video ni. layan.




sesiapa yang malas nak bukak video ni dengan alasan internet slow, aku sertakan fakta-fakta yang ada dalam video ni.

2.5 juta mangsa yang diperdagangkan di seluruh dunia

1.2 juta kanak-kanak diperdagangkan setiap tahun

30% daripada mangsa wanita terpaksa menjadi buruh

70% daripada mangsa wanita diperdagangkan ke industri seks komersial

hasil tahunan yang dijana dari pemerdagangan ini adalah lebih $32 bilion

berkemungkinan ia boleh berlaku betul-betul di hadapan anda

*lagu macam ni pon ada yang dislike. tiada kesedarankah? wallahualam



2 comments:

Budak Botak said...

He3, layan...

Entry terbaru -> Summer Solstice Di Muka Depan Google.com... (",)

Nurul Amira said...

hye :) i baru je follow you , nice to meet you :) btw , nice blog :)