Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Thursday, June 16, 2011

Contest: Masihkah Kau Ingat

Assalamualaikum. alhamdulillah harini cuaca redup je kat sini. mungkin sebab fenomena gerhana malam tadi. memang betullah ramalan yang aku dengar masa khutbah jumaat minggu lepas (jangan pikir aku tidur masa khutbah jumaat). okaylah aku bukan nak cerita pasal gerhana, tapi nak cerita pasal zaman kecik-kecik dulu. mungkin ada yang aku dah lupa, tapi masih ada gelagat-gelagat aku masa kecik yang masih aku ingat.

Main Pondok-pondok

maksud aku main pondok-pondok ni bukan main kat luar rumah, tapi main susun kusyen dan jadikan ia sebuah rumah (pondok). waktu tu bila main akan adalah satu keluarga besar yang terdiri daripada mak, abah, kakak, abang, atok, nenek dan sebagainya. yang main 2 watak pon ada. yang aku ingat aku kena jadi bapak dengan abang. agaknya macam mana entah aku mainkan 2 watak tu. sampai bersepah rumah aku kerjakan sebab main permainan ni.

budak-budak sekarang main benda ni lagi ke?

Main Guli

permainan ini merupakan permainan kegemaran bagi budak-budak lelaki kat tempat aku. setiap petang ada je geng-geng yang main benda ni. muka yang aku tak pernah nampak pon ada. selalunya muka-muka yang tak pernah nampak ni bajet power. diorang ingat diorang boleh sapu semua guli budak kat tempat aku. sekali bila  main satu game je diorang dah kalah. habis semua guli diorang kitorang sebat. pastu bagi-bagi la jumlah guli tu sama rata. dah macam filem KL Gangster pulak aku rasa. tapi bila pikir-pikir balik sekarang ni, game tu dah macam berjudi pulak aku rasa. yang menang dapat guli daripada yang kalah. siapalah yang cipta permainan ni. nahas kau kalau aku dapat tahu. hahaha

budak-budak sekarang main benda ni lagi ke?

Main Kawen-Kawen

masa aku kecik-kecik dulu, pemikiran aku dah diEXTREMEkan oleh orang disekeliling aku. maksud aku EXTREME ni ialah main kawen-kawen. korang jangan pikir lain pulak. sebab dulu aku tak tahu pon kawen ni untuk apa. aku just suka-suka main je. hampir setiap hari aku jadi pengantin lelaki dikawenkan dengan perempuan yang lain setiap hari. player yang rakus aku ni. hahaha. tapi kenapa masa tu aku tak terpikir istilah-istilah yang digunakan sekarang. nak tahu istilah tu? istilah tu ialah "MALAM PERTAMA" dan "MALAM JUMAAT." hahaha. kalau aku tahu istilah tu mesti bertambah rakus aku sekarang. kahkahkah

yang ni aku pasti budak-budak sekarang masih main lagi benda ni. tapi diorang lebih extreme dari zaman aku kecik dulu. kalau tak caya korang boleh tengok gambar kat bawah.


hahaha. betul kan. aku tak tipu. =D

sebenar entri ni aku buat untuk Contest Dr. Siti Hamidah. Dr. Siti Hamidah merupakan seorang pensyarah dari UTM Johor Bahru iaitu tempat aku belajar sekarang ni. Mula-mula haritu aku ingat taknak join contest ni sebab Dr. ni dari universiti yang sama dengan aku. so rasa malulah sikit. tapi bila aku tengok profile dia, dia ni dari fakulti kejuruteraan kimia. jauh dari fakulti aku. so aku joinlah contest ni. hahaha.






dia suruh aku tag 3 orang rakan blogger aku tapi aku nak tag semua follower aku. hadiah dia pon boleh tahan. siapa cepat dia dapat.