Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Friday, June 10, 2011

Filem KL Gangster Arahan Syamsul Yusuf Terbaik

Assalamualaikum. tadi lepas solat Jumaat aku keluar tengok wayang. cuba teka aku tengok cerita apa. mestilah cerita terbaru yang aku tengok. aku tengok KL Menjerit KL Drift KLGangster tadi. apa yang aku boleh katakan pasal cerita ni adalah "Cerita ni sangat BEST." bagi aku ni adalah cerita kedua terbaik arahan Syamsul Yusuf selepas cerita Khurafat. masa cerita Khurafat haritu memang aku tak sangka ending dia macam tu. orang lain pon macam tu jugak aku rasa. tapi KL Gangster ni lain sikit. tak macam cerita-cerita gangster yang lain. selalunya diselitkan sekali dengan babak-babak percintaan. KL Gangster langsung takde babak tu.

Lagi satu yang best pasal KL Gangster ni adalah terdapat adegan-adegan seks lucah lucu yang dilakonkan oleh Zizan Raja Lawak. satu panggung tu ketawa berguling-guling. sampaikan makcik kepoh kat belakang aku tu tak henti-henti ketawa. dah la bising je mulut dia tu. pastu boleh pulak tergelak time adegan serius. WTF?

Sinopsis KL Gangster
Filem ini mengisahkan Malek (aaron aziz) yang merupakan bekas banduan yang telah insaf, dan dia diburu oleh Pengkianat dan Gangster yang kejam bernama Shark (syamsul yusof). Shark merupakan anak tiri kepada King (Ridzuan Hashim) iaitu Taiko besar KL yang paling Samseng si KL. Jai(Adi Putra) merupakan seorang yang hati kering dah sanggup lakukan apa sahaja demi wang ringgit sehinggakan sanggup membunuh darah daging sendiri.




Aksi mantap Aaron Aziz. rasa macam diri aku je ni. hahaha



Muka Zizan bila jadi gangster. LOL~



Ulasan: tadi kan aku dah cakap cerita ni best. so aku nak bagi 9.2/10 untuk cerita ni. mana lagi 0.8? aku tak suka ending dia sebab ending dia Aaron Aziz kena penjara balik. pastu adik dia si Jai tu menghilangkan diri sampai tak tahu berita. macam ada KL Gangster 2 je rasanya. hahaha
*Masa tengah sedap tengok tu kan, tetiba aku rasa seolah-olah Aaron Aziz tu aku. korang tak payah nak gelakkan aku la. aku tahu korang pon sama je macam aku.