Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Saturday, June 18, 2011

Generasi Sekarang Semakin Lembik

Assalamualaikum. tadi aku dapat satu berita yang agak mengejutkan aku dan rakan-rakan seperjuangan satu ketika dulu. kalau dulu, sekiranya terdapat apa-apa masalah kita harus berjumpa dengan guru atau warden terlebih dahulu. tapi kini masalah itu boleh terus disalurkan ke website aduan rakyat. sungguh dahsyat manusia zaman sekarang.

benda yang mengejutkan aku itu adalah tentang MASALAH BULI MENGGANGGU PELAJAR-PELAJAR SAMURA yang diadu oleh seorang bapa kepada pelajar lembik. untuk pengetahuan semua, aku adalah salah seorang bekas pelajar SEKOLAH MENENGAH SAINS MUAR atau lebih dikenali sebagai SAMURA (bukan SAMURAI). bagi aku masalah buli ni dah jadi asam garam dalam kehidupan. ianya bermula dari bangku sekolah lagi terutama yang tinggal di asrama.




ni gambar masa sekolah dulu. ada orang tulis nama kitorang dekat board ni. nama-nama ni adalah budak dorm aku. yang kena buli tu senior kitorang yang PALING BAIK SEKALI. so aku edit balik guna photoshop.

sebagai seorang bekas pelajar sekolah tersebut, aku nak bagi pandangan tentang aduan ni. sepatutnya masalah ini tidak patut dihebah-hebahkan kepada media elektronik mahupun cetak. aku rasa pelajar lembik tersebut baru kenal erti kehidupan. baru nak belajar berdikari, basuh baju sendiri. aku dulu pon macam tu jugak. kali pertama duduk asrama. takde pon kejutan budaya. macam dah biasa walaupun aku tak pernah basuh baju sendiri kat rumah.

kalau setakat tolong basuh baju, itu bukan buli namanya wahai bapa kepada pelajar lembik. aku dulu ada jugak tolong. takde pon gelabah sampai nak report kat warden. semua benda aku pernah buat. tolong basuh baju, tolong gosok baju, buatkan maggie, ambilkan makanan dekat dewan makan. kalau takde semua benda ni, aku tak merasa pon macam mana duduk asrama sebenarnya. kalau anak pakcik yang lembik tu taknak kena macam ni, baik pakcik buat sekolah sendiri. pakciklah pengetua, pakciklah cikgu, pakcik senior yang baik kat sekolah buatan pakcik tu. pastu suruh anak pakcik sekolah kat situ. amacam? nak deal? hahaha.

okaylah. cukuplah sampai disini. nanti terlebih panas pulak. kalau korang nak tahu apa isi aduan yang dibuat oleh bapa kepada pelajar lembik tersebut, sila ke SINI.

nama aku payjoe. nama junior aku paysee. tak tahulah apa nama super junior dan super-super junior aku. masih wujudkah legacy ini? hurmmm.......

4 comments:

usher said...

amboih ko, nama ak pun ada..

Farhan Hanif said...

@usher haha...biasala...takkan tak ingat poster kat dashboard dulu...ada nama kita...tengah buli rika...ngah3

Faiz Tapit said...

bodoh btol mat pot cmni. sket2 nak repot. hahaha

UpProfits said...

Bebudak skrg mana leh usik..jentik sket pun mak bapak dh dtg skolah..mana ler xbesar kepala bebudak skrg nih.. ;-)