Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Monday, June 20, 2011

liquid cecair yang mempunyai kuasa

Assalamualaikum. liquid. liquid merupakan satu cecair yang mempunyai kuasa untuk menjadi keras apabila sejuk dan menjadi gas apabila panas. liquid amat diperlukan oleh semua manusia bagi menereuskan kelestarian hidup. hal ini kerana badan kita mengandungi 50 hingga 80 peratus liquid. bumi kita juga dilitupi dengan 71 peratus liquid. liquid juga diperlukan dalam masakan. bayangkan jikalau tanpa liquid, adakah masakan mak korang sesedap sekarang? tapi ada sejenis liquid ni yang disukai oleh manusia terutamanya yang bergelar pelajar. benda tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah liquid paper. walaupon cikgu-cikgu melarang mereka membawanya dan telah meragut merampas barang larangan tersebut, pelajar-pelajar berhati kering ini tetap membawanya ke sekolah. begitu juga dengan aku.

bagi aku tanpa liquid ini hidup tak bermakna. mungkin sebab aku selalu melakukan typo kesilapan ejaan. dengan liquid ini jugaklah hubungan aku dengan cikgu bertambah rapat (bukan skandal). dulu ada seorang cikgu ni benci gila dengan budak yang membawa liquid sampaikan aku nak betulkan ejaan aku pon kena buat kat bawah meja sebab takut kena rampas. tapi pada suatu hari sedang dia membuat kerja (siapkan laporan harian guru kot), dia telah melakukan kesilapan ejaan. lalu dia bertanyakan kepada semua pelajar. macam ni ayat dia, "siapa ada liquid paper? boleh cikgu pinjam sekejap?" semua pelajar terdiam. takut kena rampas la tu. aku dengan selamba berkata, "kalau saya bagi, cikgu nak rampas tak?" satu kelas ketawa. cikgu tersebut terdiam. tahan malu la tu. sejak tu semua tak takut nak tunjuk liquid paper diorang depan cikgu tu. siap ada yang menganjing "cikgu, cikgu nak pinjam liquid tak?" hahaha. macam tu la kisahnya.



suka bau liquid paper. macam mat gian dah kadang-kadang. hahaha

jenama liquid paper yang terkenal masa aku sekolah dulu adalah Paper Mate. sesiapa yang ada jenama ni dah dianggap kaya la tu. maklumlah harganya yang mahal setanding dengan kualiti. sebenarnya iklan nuffnang tentang papermate tengah menari-nari dalam blog ni. tu yang membuatkan aku nak buat entri ni. kalau nak main game yang disediakan papermate boleh klik SINI. sekian



*amacam mukadimah aku? mantap tak? hahaha


2 comments:

Miss Y and Her World said...

ohh. sebab iklan menari ye? ingatkan sebab dapat BE dari papermate ;)

kalau diorang baca, mesti diorang bagi BE ni. hehe ;)

Perempuan Cantik Sebab Mekap?

Farhan Hanif said...

@Miss Y and Her World sbb dpt BE la...tapi kadang2 je keluar iklan tu kat atas header...nasib je tadi sempat print screen...pastu dah xde dah...huhu