Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Friday, June 17, 2011

Rakyat Malaysia cepat gelabah

assalamualaikum. minggu ni aku tengok tak habis-habis isu pasal sekatan laman web tu. gelabah sangatlah diorang ni. macamlah takde jalan lain nak buat. kerajaan nak sekat, sekat je lah. bila dah sekat nanti akan adalah software-software untuk menghalang sekatan ni. tu pon nak kena ajar ke. kalau nak lagi senang tengok kat Youtube je macam mana nak buat benda ni. dunia sekarang makin kecik la. korang search je "How To......" akan keluarlah beribu-ribu malah mungkin juga berjuta-juta laman web yang bersesuaian dengan search korang tu.

yang aku suka pasal isu ni bila ada individu Anonymous yang memberi amaran untuk menggodam (hack) laman web kerajaan Malaysia. aku nak kata suka tu taklah, nak kata tak suka pon tak jugak. jadi aku kat tengah-tengah. aku suka sebab ada individu yang cuba mencabar kerajaan Malaysia. bayangkanlah Anonymous tu dah beri amaran awal-awal lagi tapi kerajaan macam tak ambil endah pon pasal amaran tu. last-last kena hack jugak. nampak sangat negara ni kekurangan pakar dalam bab Cybersecurity ni. yang aku tak suka pulak mungkin akan ada rahsia-rahsia negara yang bocor. bayangkan kalau rahsia ni jatuh ke tangan yang salah, bala beb...bala...





dekat fesbuk dah ada macam-macam group dah aku tengok. group-group ni bukan group biasa-biasa je. malah diorang ada buat tutorial untuk godam atau hack sesuatu laman web. aku ada join jugak group ni (TERjoin). dan aku ada nampak tutorial nak buat phishing website. kat wall diorang pon banyak website yang telah berjaya diPHISHINGkan. korang tahu apa itu PHISHING? Phishing website ni macam satu laman web yang serupa dengan yang asal tapi link dia lain. contohnya fesbuk punya phishing. kalau korang masukkan emel dan password korang, automatik emel dan password korang akan dihantar kepada pembuat phishing website tu. so pembuat tu boleh login guna emel dan password korang dengan senang.

sebab tu aku tak pernah klik link yang dihantar melalui chatbox atau PM sesuka hati. ada korang nampak aku bagi link pelik kat korang. tak pernah kan. sejak muncul link prank (keluar gambar hantu bila diklik), aku selalu berhati-hati bila nak klik. boleh sakit jantung weyh bila kena. seram gila. dah la masa tu aku sorang je kat rumah. hahaha. padan muka aku.

*jom main tic tac toe. siapa boleh selesaikan dalam 5 saat, korang memang hebat







No comments: