Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Tuesday, July 19, 2011

Awak tolong like gambar kita please.....(Versi 2)

Assalamualaikum. Korang baca entri ni dulu. Bagi yang dah baca boleh sambung baca entri ni sampai habis.

Kenapa aku buat entri ni? Sebabnya aku nak bagitahu yang sekarang ni diorang yang kaki suruh like-like ni dah tukar format lain. Nak tahu apa format diorang sekarang? Tengok gambar bawah ni.



Nampak tak? Perkataan "Like" dah ditukar menjadi "Vote". Kalau yang invite tu orang yang aku kenal takpe la jugak. Mungkin aku akan pertimbangkan nak like/vote ke tak (tak pernah like/vote pon). Kalau yang aku tak kenal macam mana nak like/vote. Susahlah aku nak bodek nanti kalau menang. hahaha

Seperti yang aku terangkan dalam entri ni, banyak keburukan dari kebaikan contest-contest macam tu. Korang nampak kebaikan untuk dunia je, tapi sebenarmya benda tu memburukkan kita di akhirat. Fikir-fikirkan lah ye. Padan muka kena ceramah dengan aku. Sape nak kena ceramah lagi, buatlah invitation macam ni lagi. Guna keywords lain pulak. Boleh sumbang idea untuk aku buat entri nanti. 



********************************************************************

*Macam exam pulak ada format-format ni. Berangan nak jadi penggubal soalan kot. haha


No comments: