Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Saturday, July 30, 2011

Header Flash Baru Siap

Assalamualaikum. Rasa nak pecah kepala belajar buat flash ni. Bila dah tahu rasa macam senang pulak. Pastu buat balik rasa susah pulak. Begitulah seterusnya. hahaha. Cuba tengok header kat atas tu. Apa yang lain? =D



Okay dah nampakkan apa yang beza. Sebelum ni format header tu cuma gambar.png je macam gambar kat atas ni. Sekarang ni dah tukar flash. Nak buat gempak-gempak macam Ayeem memang susahlah. Dia tu otak Albet Enstain versi kuning kot. hahaha. 

Saiz flash ni pulak lebih kecil iaitu 74kb berbanding yang png tu 200kb. Nampak macam tak logik je kan tapi memang itu realitinya. Memang ada yang cakap header flash ni lebih ringan daripada format gambar biasa. Sebab tu la aku cuba.

Flash dalam header tu cuma jam je. Saje nak try buat jam tadi . Nak buat jam analog macam Blog Ayeem tu macam nak pecah kepala rasanya. Banyak kali aku try tadi. Tak jadi-jadi. Lastly aku buat jam digital je. hahaha

Aku mula berminat dengan flash lepas tengok header si Ayeem tu la. Dia ni pandai buat game menggunakan flash. Kalau aku tak jumpa coding flash yang aku nak, aku tanya si Ayeem ni je. InsyaALLAH dia bantu. Okaylah tu je nak bagitau. Tetiba terREVIEW blog Si Ayeem ni pulak. hahah

***********************************************
*Masa awal-awal cuti haritu aku ada janji dengan kawan aku nak buatkan header flash untuk dia tapi sampai sekarang tak tertunai pon janji tu. Sorry eh. Aku tak tahu nak start bila. Bila nak start buat je tetiba aku rasa nak buat aku punya. Contoh terbaik adalah header di atas. hahaha


2 comments:

Nizam Ijam said...

wei..aku nak jugak!!! haha

Farhan Hanif said...

@Nizam Ijam nk pe?...masih x pro lg la...just simple2 je..