Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Wednesday, July 13, 2011

Keputusan Penuh Malaysia vs Arsenal 2011

Assalamualaikum. Perlawanan skuad negara menentang Arsenal yang merupakan salah satu gergasi EPL telah pon tamat. kemenangan berpihak kepada pasukan pelawat dengan keputusan Arsenal 3-0 Malaysia. disebabkan Astro tidak menyiarkan siaran secara langsung menerusi televisyen, ramai blogger yang cuba mencari jalan alternatif bagi membolehkan mereka dan peminat bola menontonnya secara streaming. dengan berbekalkan internet berkelajuan cahaya kat rumah aku ni, tiada masalah bagi aku. disebabkan itu jugalah Unique Visitor kat blog ni pada malam ni mencapai 100++.


kalaulah setiap hari ada match bola pastu Astro taknak siarkan kat TV kan best. semua orang datang blog ni. hahaha. kejam tak ayat aku. sebenarnya time tengah sedap tengok tu aku cuba scroll ke bawah untuk lihat berapa ramai yang tengah tonton ni. inilah hasilnya.


mesti ada yang cakap "ekeleh...15 pon nak kecoh ke"
aku start blog ni 2 tahun yang lepas. Cuti 4 bulan ni baru aktif balik. so paham-paham la macam mana blogger baru macam aku ni. followers tak ribu-riban macam kau. macam la kau tak macam aku masa newbie dulu. hahaha

okaylah. berbalik pada tajuk di atas, Arsenal mendapat gol pertama pada minit ke-6 menerusi Aaron Aziz Ramsey. kemudian Theo Walcott mendapatkan jaringan kedua untuk pasukan pada minit ke-37. kedudukan kekal sehingga tamat separuh masa pertama. separuh masa kedua gol ketiga daripada arsenal pada minit ke-58 menerusi Carlos Vela. Gol terakhir daripada Arsenal pada minit ke-90 menerusi Thomas Rosicky melengkapkan kemenangan bergaya 4-0 keatas Malaysia. Kedudukan kekal sehingga wisel penamat.


MALAYSIA 0-4 ARSENAL


*amacam? ada macam ayat pemberita tak ayat aku?



No comments: