Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Thursday, July 21, 2011

Malaysia vs Chelsea

Assalamualaikum. Malam ini (21 Julai 2011) satu lagi pertembungan antara Pasukan Malaysia dan Chelsea akan berlangsung tepat pada jam 8.45 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil. Setelah menempuhi perlawanan antara Arsenal dengan keputusan Malaysia 0 dan Arsenal 4, skuad negara telah bertempur pula dengan Liverpool dan mendapat keputusan yang agak memberangsangkan iaitu Malaysia 3 dan Liverpool 6.

Adakah malam ini Malaysia akan menunjukkan kehebatan sebenar mereka setelah mengalami kekalahan pada 2 perlawanan yang lepas? Sama-sama kita nantikan malam ini. 





Pasukan Malaysia dibawah bimbingan Ong Kim Swee akan mempertaruhkan 9 pemain senior untuk menghadapi Chelsea pada aksi malam ini. 9 pemain senior itu ialah Norhafiz Zamani Misbah, 30, Amri Yahyah, 30, Hairuddin Omar, 32, Badhri Radzi, 29, Daudsu Jamaluddin, 26, S. Subramaniam, 26, Shahrulnizam Mustapa, 30, Joseph Kalang Tie, 24, dan penjaga gol, Farizal Marlias, 25.

Senarai Pemain Chelsea : Henrique Hilario (GK), Jamal Blackman, Nathaniel Chalobah, Patrick Van Aanholt, Slobodan Rajkovic, Petr Cech (GK), John Obi Mikel, Daniel Sturridge, Ryan Bertrand, Joshua McEachran, Alex, Yuri Zhirkov, Ross Turnbull (GK), Salomon Kalou, Branislav Ivanovic, John Terry, Frank Lampard, Ashley Cole, Paulo Ferriera, Jose Bosingwa, Yossi Benayoun, Fernando Torres, Nicolas Anelka, Florent Malouda, Didier Drogba, dan Billy Clifford.



*****************************************************************

Lepas ni lawan Singapura pulak....=D


No comments: