Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Friday, July 15, 2011

Pantai Tercantik Di Dunia

Assalamualaikum. Memandangkan aku masih lagi dalam mood percutian, aku nak kongsi pasal tempat-tempat percutian lah pulak. Tempat percutian untuk kali ni adalah pantai. Kali terakhir aku pergi pantai masa cuti sekolah yang lepas. Aku sekeluarga telah pergi ke Pulau Langkawi. Tapi aku tak buat pon entri pasal percutian tu. Mungkin nanti kot aku buat entri pasal cuti-cuti ni. Okay lah kita terus ke tajuk utama iaitu 8 Pantai Tercantik Di Dunia. So bagi pasangan yang baru saja membuat aksi di malam pertama, mungkin ini lokasi honeymoon korang. hahaha.


8. Palm Beach, Aruba





Palm Beach adalah sebuah pantai cantik di Oranjestad (Kota Oranye), Aruba, yang terletak di pantai Venezuela dan juga Laut Karibia. Berbagai hotel dan pusat membeli-belah sudah lama berdiri di sana.Tidak seperti di kebanyakan wilayah di Karibia, wilayah bekas koloni Belanda ini memiliki iklim yang kering dan gersang, sehingga dipenuhi dengan tanaman-tanaman lanskap seperti kaktus.

7. Marquesas Islands




Pulau vulkanik ini terlihat seperti Hiva Oa yang merupakan pulau terbesar kedua di Kepulauan Marquesas, negara Polinesia Perancis. Tak perlu risau mencari penginapan di pulau hutan tropis ini, kerana areanya sudah dilengkapi dengan bungalo-bungalo mewah. Terdapat tarian kuda liar sebagai tontonan yang penuh eksotik di sebuah pulau yang berjarak 800 batu dari arah timur laut Tahiti.

6. Seychelles Islands




Seychelles memiliki pantai yang terbaik di Afrika bahkan sangat sesuai untuk menyelam (diving) di Samudera Hindia. Artis ternama, seperti Paul McCartney adalah orang pertama yang datang ke resort mewah di sana, dan artis lainnya yang datang hanya sekadar menikmati pemandangan pantai.

5. Tenerife, Canary Islands




Tenerife adalah tempat kesukaan bagi orang-orang Britis dan Eropah. Mereka berkumpul di pantai pasir hitam vulkanik yang dominant di Pulau Kanari.

4. Fernando de Noronha, Brazil




Fernando de Noronha merupakan negara kepulauan Brazil yang berada di Samudera Atlantik. Beberapa model dan selebiriti seringkali terlihat di resort-resort mewah Noronha.

3. The Maldives




Jika anda ingin bercuti ke India atau Sri Lanka, sebaiknya berhenti sejenak ke negara Republik Maldives kerana di sana terdapat sebuah pulau karang yang dikelilingi laut dangkal. Terdapat banglo mewah The Maldives yang menjadi target utama bagi para pengunjung dunia.

2. Bora Bora, French Polynesia




Bora-bora merupakan kepulauan bekas jajahan Prancis yang terletak di Tahiti. Pantai ini seringkali dijadikan syurga bagi para pasangan yang ingin berbulan madu (romantic heaven on earth). Bukan cuma pantai yang menjadi daya tarik Bora-bora, di sebalik resort pantai juga terdapat pemandangan cantik sebuah gunung yang bernama Gunung Otemanu.

1. Lanikai Oahu




Bagi anda yang ingin pergi ke Amerika Syarikat cubalah singgah ke daerah pedalaman Hawaii, kerana di sana terdapat pantai indah yang bernama Lanikai Oahu. Pantai ini memiliki panorama yang ideal bagi para pengunjung. Selain pasir putih dan kristal air yang jernih, Lanikai Oahu sering dipakai sebagai area pertandingan pakaian renang Victoria Secret.



*kenapa pantai kat sana semuanya kaler biru? kat sini semua kaler hijau je....
*ni auto-publish. jangan ingat aku tak pergi solat Jumaat pulak. kahkahak



2 comments:

Syazana Aziz said...

subhanallah.. nombor 6 cantik sangat.

Farhan Hanif said...

@Syazana Aziz tua xpe...kalau boleh nak gi secheles tu ngan maldives...=D