Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Wednesday, July 6, 2011

Parody: Filem Tolong! Awek Aku Beranak

Assalamualaikum. Bulan Julai ni pawagam penuh dengan filem-filem aksi malah filem seram komedi. Sejak filem Ngangkung berjaya menambat hati penonton Malaysia, semakin ramai pengarah yang ingin mencuba nasib dengan membuat filem bergenre seperti itu. Hal ini termasuklah seorang pengarah baru yang juga ingin mencuba nasib dengan filem sulungnya berjudul

TOLONG! AWEK AKU BERANAK.





SINOPSIS

Kulup, orang kata dia gangster tapi dia ni sangat baik, pemurah, peramah tapi sering membuli rakan sepejabat. Mempunyai rakan serumah bernama Peah. Kulup sering mencuba nasib dengan dadu bukan saja berkenaaan dengan kerja, kehidupan seharian malah dalam peperiksaan. Joyah, adalah awek Kulup. Kerja dia anyam ketupat je. Joyah sanggup tinggalkan Kulup dan pergi kepada lelaki yang hidup merempat kerana tak sanggup hidup dengan gangster. Kesian Kulup. Fadzil anak buah Kulup, yang suka mengampu dan memuji Kulup tanpa belas kasihan.Dahlah tak pandai buat kerja, hanya pandai menggunakan kuasa sebagai anak buah. Sering memperbodohkan Kulup dalam urusan kerja. Suatu hari, Kulup berkenalan dengan seorang wanita melalui Youtube. Miang namanya. Sangat cantik, comel dan baik hati. Kulup mula terpikat pada Miang. Tiba-tiba Miang ni sakit perut bila Kulup memberitahu bahawa dia suka kat Miang. Kulup tak tahu pun yang bakal awek dia ni beranak.

Anak siapakah itu? Adakah anak Kulup? Saksikannya di pawagam berdekatan 14 Julai ini.





2 comments:

N I E S Y A B E L L A said...

ahhh kauu! berangan. takde sape rse nk tgok :PPPPPPPPPPP

Farhan Hanif said...

@N I E S Y A B E L L A biarla....tengok poster pon jadi la..haha