Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Friday, July 15, 2011

Telatah Manusia Tentang Komputer

Assalamualaikum. Komputer. Korang tahu pasal sejarah komputer? Tahukah siapa yang cipta komputer? Jangan risau. Aku pon tak tahu. Yang aku tahu, sejak munculnya komputer ni, macam-macam kerenah yang dilakukan oleh pengguna. So entri ni ada beberapa kisah pasal manusia yang berkaitan dengan komputer.




1. Compaq pernah mempertimbangkan untuk mengubah perintah “Press ANY Key” menjadi “Press ENTER Key” kerana banyak penggunanya yang telefon yang menanyakan dimana tombol “ANY” di keyboard.

2. AST Technical Support menerima laporan komplen kerana kesulitan menggunakan mouse. Semasa Techincal Support datang ke rumahnya, mereka menjumpai mouse tersebut tidak boleh digunakan… kerana masih berbungkus rapi di dalam plastiknya. Penggunanya (seorang wanita) takut dengan mouse (tikus) sehingga tidak berani mengeluarkannya dari dalam plastik. Takut diserang mouse komputer?


3. Pada tahun 1980-an, ketika disket masih berukuran besar, Compaq pernah menerima keluhan seorang pengguna yang disketnya tidak boleh dibaca oleh drive-disk komputer. Setelah diselidiki, ternyata pengguna itu sebelumnya memasukkan disket ke dalam mesin taip dan menaip label yang tertampal di disket itu.

4. Sebuah keluhan lain dari pengguna AST yang mengatakan disket mereka terkena virus yang sukar dibersihkan. Petugas AST meminta orang itu mengirimkan copy disket yang terkena virus itu untuk diselidiki. Beberapa hari kemudian, petugas AST menerima fotostat disket dari pengguna tersebut.

5. Seorang pengguna DELL mengeluh dia tidak dapat mengirimkan fax via komputer. Setelah diarahkan selama 40 minit melalui telefon, petugas DELL mendapati pengguna itu mencuba fax via komputer dengan cara memegang kertas yang akan di fax di depan monitor, sambil menekan tombol “SEND” di layar.

6. Seorang konsumer DELL lain mengeluh kerana keyboard yang digunakannya sudah tidak berfungsi sejak dibersihkan. Ketika ditanya cara dia membersihkan keyboard, dia menjelaskan, “Saya mencuci dan menggosok semua bahagian keyboard dengan sabun, dan membilasnya dengan air, lalu menjemurnya.”

7. Seorang pengguna DELL marah-marah kerana tidak boleh menyalakan komputer yang baru dibelinya. “Semua sudah terpasang dengan baik.Tapi setiap kali saya tekan pedal kaki , tidak terjadi apa-apa.” Setelah diselidiki ternyata “pedal kaki” yang dimaksudkan orang itu adalah mouse.

8. Seorang lagi pengguna DELL marah kerana komputer barunya tidak nyala. Dia menjelaskan semua sudah terpasang dengan benar, dan ketika dia menunggu selama 20 minit, tidak terjadi apa-apa pada komputernya. Ketika teknisi DELL menanyakan apakah “power switch” sudah dinyalakan, dia bertanya, “Power switch apa?”




9. Berikut adalah tanya-jawab antara petugas Novell NetWire dengan seorang pembeli :

Penelefon : Hello, dengan Tech Support?
Novell : Ya, boleh dibantu?
Penelefon : Tempat letak cawan di PC saya patah. Apa mungkin saya bisa menggantinya?
Novell : Tempat letak cawan? Apakah itu hadiah saat Anda membeli komputer?
Penelefon : Tidak. Tempat letak cawan ini sudah ada di komputer saya. Dan ketika saya meletakkan gelas saya di atasnya, tempat itu patah. Yang saya ketahui, di bahagian depan tempat itu ada tulisan “CD-ROM, 16X”.
Novell : WT*...

10. Ini pengalaman seorang konsumer yang baru membeli PC. Ketika dia meninggalkan komputernya selama lebih kurang 15 minit untuk membuat air, tiba-tiba windownya jadi gelap dan dia terus menelefon kedai komputer dengan marah-marah. Rupa-rupanya screen saver dia on.



No comments: