Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Wednesday, July 27, 2011

Tips Kurangkan Masa Loading Blog

Assalamualaikum. Dah 3 hari blog ni sunyi tanpa diupdate. Entri last aku pasal Segmen SEO kan. Segmen tu aku kalah. Maklumlah blog ni apalah sangat nak main-main SEO ni. Google pon tak nak pandang blog aku ni. *sob...sob... (nangis secara online)




Sebenarnya aku tak update bukan sebab aku outstation (bajet bisnessman). Macam yang korang nampak header baru kat atas tu. Puas aku jelajah dalam goole untuk menuntut ilmu Photoshop ni. Akhirnya apa yang aku dapat cuma seperti yang kat atas tu la. Tapi takpe sikit-sikit lama-lama jadi bukit =D.

Semalam masa aku tengah chating dengan blogger kat group Kongsi Blog, sempatlah aku promote blog ni sekali. Dapatlah tambah beberapa follower. Lepas aku promote tu lah ada yang cakap blog aku berat (lambat loading). Waktu tu jugalah aku klik design > Page Elements. Habis semua gadget aku buang. Pastu aku pasang balik mana yang sesuai dan perlu.

INGIN KELIHATAN SEGAR SEPANJANG HARI? KLIK SINI

Ada yang cakap gadget Feedjit ni tak perlu. Tapi aku suka benda ni sebab boleh tengok trafik blog secara LIVE. Yang cakap tak sesuai tu mungkin diorang ada alternatif lain. Kalau ada bagitahu kat aku okay. Serius aku tak tahu.

Lepas buang gadget tu ada pulak yang tanya aku "Taknak tukar background ke?". Dia cakap background hitam ni nampak lesu (tak bermaya). Dan sekali lagi aku cepat-cepat klik design > Template Designer. Aku tukar semua design kat blog ni. Dan inilah hasilnya. Loading pulak aku rasa macam dah okay sikit daripada semalam. Kalau rasa berat tu, bagitahu aku cepat-cepat ye.

JALAN, SENTUH DAN MENANG IPAD 2. KLIK SINI

*Tambahan:

Dah macam order mekdi pulak ada tambah-tambah ni. hahaha. Sebelum ni blog ni takde chatbox pon. Sebab aku dah buang 3 bulan lepas. Tadi lepas aku baca entri Cikgu Wan, betul jugak apa yang cakap tu. Aku ada jugak blogwalking suruh singgah blog ni tapi aku takde chatbox pon. So kenalah amalkan konsep win-win. Aku dapat trafik, dia pon dapat trafik. Lainlah kalau dah popular, tak letak chatbox pon trafik masih maintain (betul tak aku eja ni?).

Okaylah. Tu je aku nak cakap. Tajuk tu saje je nak tarik pembaca (bajet ada orang baca je). Kalau ada yang baca, komenlah sekali. Peace =D

******************************************************

*Loading ni bagi yang pakai streamix ye. kalau pakai broadband aku tak tahu. mungkin loading lambat gila kot.
*Macam mana dengan header ni? Okay tak? tadi nak cepat, tu yang takde gambar apa-apa...

2 comments:

wan_cikgumuzik said...

kih kih kih.. tetiba plak nama aku timbol kat sini.. hahahahahhaha.. thanks for the good backlink..

feedjit takyah ada pon tak pe laa.. tgk jerr kat statistik nuffnang tuhh,, dapat taw jugak dari mana datangnya pengunjung kita..

aku dulu2 time bukak blog pon mmg bubuh benda tuu.. tapi xde maknanya nk syok sendiri dok tgk dari mana mereka datang.. kah kah kah..

p/s: skarang blog kamo ringan.. tahniah..!! loading time tak lama..

blog aku tuhh berat... selamberr.. hahahaha

Farhan Hanif said...

@wan_cikgumuzik mcm tau2 je aku suka tengok darimana diorg datang...hahaha

nuffnang kena refresh byk kali...feedjit ni auto refresh...siap boleh tau ada org klik iklan ke tak...=D