Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Thursday, August 18, 2011

Blog Kau Ada Follower Tak?

Assalamualaikum. Tajuk kali ni agak sinis aku rasa. Masa mula-mula aku buat blog 2 tahun lepas memang tak pikir pon pasal pembaca atau follower ni. Maklumlah semua entri copy paste je. Mana yang best aku copy masuk dalam blog ni. Tapi lepas aku baca satu artikel pasal hak cipta ni, aku delete semua entri yang aku copy paste tanpa minta kebenaran kecuali yang dari I Luv Islam je. Kalau diorang tak bagi copy macam mana nak sebarkan dakwah. Betul tak? Okaylah kat sini aku nak senaraikan jenis blog yang aku pikir beberapa kali untuk follow. Bukan aku je, orang lain pon mungkin sama.


Masa Loading

Aku rasa ni lah masalah paling utama dan perlu dititkberatkan oleh semua blogger. Cuba korang bayangkan kalau dalam masa 30 saat blog masih loading. Aku rasa geram yang amat dan automatik akan terklik pangkah. hahaha. Selalunya aku akan bukak maksimum 3 blog dalam satu masa. Kalau 2 blog tu korang dah habis baca, sekali tengok blog ketiga masih loading apa korang akan rasa? Siap ada tulisan yang kejar cursor tu segala bagai. Pergh. Aku nak klik pon susah. Kadang-kadang terklik link tulisan kejar-kejar tu.
Aku mengaku blog aku ni takdelah ringan sangat. Mungkin berat bagi yang pakai broadband. Tapi yang pakai streamix atau seumpama dengannya aku rasa okay je kot.


Asyik Emo Je


Hampir semua entri nak emo je. Suruh orang follow tapi entri emo je. Takde langsung cerita dunia luar. Sekurang-kurangnya ceritalah tempat-tempat best dekat dengan tempat tinggal tu. Aku ni jenis yang suka jalan-jalan. Nasib baiklah takde kereta. Kalau tak semua tempat aku dah jejak sepanjang cuti 4 bulan ni.
"Oh tuhan kenapa aku diduga seperti ini? Aku tidak sanggup dipermainkan lagi. Tidak cukup cantikkah aku dimata dia. Mustika Ratu sudah ku try. Simplycity juga sudah ku cuba. Apa yang tidak cukup? T_T"-contoh ayat
Kat atas ni contoh ayat yang selalu aku jumpa kat blog jenis macam ni. Maaflah ayat tu tak berapa menganjing lagi la. Aku tak reti nak buat ayat yang lagi sedap. hahaha. Yang pelik tu siap pasang lagu emo pulak tu. Haiz. Memang nampaklah emo tu. Kenapa baby? Meh sini kat abang meh. Biar abang pujuk. hahaha

Blog Buat Orang Terkejut

Bayangkan tengah korang khusuk baca entri tiba-tiba bunyi lagu dengan volume yang paling maksimum. Tak terkejut pulak kau kan. Pastu cari butang stop pon tak jumpa. Aku nak baca pon terus takde mood. Aku yang tengah pasang lagu pon terus dengar lagu campur-campur. Macam masuk pertandingan teka lagu yang kat radio pulak. hahaha. Macam

Okay la tu. Cukup 3. Mungkin ada lagi tapi aku tak kesah sangat. Yang tiga kat atas ni je bagi aku yang paling penting. Setiap orang ada pendapat sendiri. Ingat pesanan ni, kita buat blog ni untuk orang baca, jadi jangan syok sendiri. Lainlah kalau korang memang nak buat untuk sendiri baca. Jadi tak perlulah nak ajak follow atau korang boleh privatekan je blog tu. Sekian.

5 comments:

cik najihah said...

hahah aku yg pakai berokband ni lagi parah..
nak je hempuk yg pasang lagu tu tapi xpelah sabo

Farhan Hanif said...

@cik najihah Kalau blog ni berat bagaitau tau...akan diperbaiki dari semasa ke semasa

Gerek Basikal said...

TQVM for info...lama tak ziarah blog hang Farhan. Tpi apapun budimu tetap dikenang jua...

NadiRah said...

nad pakai monkeyband...susah nk jenguk2.. -.-
maaf yer kalo jarang dtg...

tia @ Ini Kisah Tia said...

semuaaaa Tia sokong . adeh , rasa sengal je kalau masuk blog macam tu . adehs ..