Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Friday, August 19, 2011

Doodle Dari Itik Kuning

Assalamualaikum. Sekarang ni memang musim buat dodol. Maklumlah dah nak raya kan. Tak sah kalau takde makanan chewing gam tradisional versi Melayu ni. hahaha. Panjang gila nama. Sambil orang-orang kampung sebuk buat dodol, ada jugak yang sebuk buat doodle. Contohnya si Nad dari Blog Itik Kuning ni. Dia siap buatkan aku doodle lagi semalam.


Haritu dia ada buat entri ni. Dia cakap kalau ada yang cakap doodle yang dia buat tu cantik, dia akan hadiahkan doodle. Aku pon komenlah seIKHLAS yang boleh. Ingatkan main-main je. Sekali betul-betul daaa...Ni doodle yang Nad buatkan untuk aku.


Apasal gelak-gelak? Okay la tu daripada takde kan. Siap ada cicak tokek lagi. Jatuh dari langit agaknya. Boleh jadi kaya aku pasni. hahaha. Jangan tanya aku kenapa dengan tangan kiri aku tu. Tanya Nad sendiri. Dia yang buat so dialah yang paham. hahaha.

Thanks Nad. Macam menang awards pulak rasanya. hahaha



4 comments:

tia @ Ini Kisah Tia said...

baru nak tanya kenapa , kenapa dan kenapa .. hehee . taklah gurau .. tang tokek tu , uih kaya nanti jangan lupa jiran noh :)

My Name is Mar said...

Wakakaka!
Tak secomel doodle aku..
Ho-ho-ho!

Farhan Hanif said...

@tia @ Ini Kisah Tia sebab tugas tangan kiri adalah basuh tuuut...sebab tu kot Nad lukis macam tu...hahaha

Farhan Hanif said...

@My Name is Mar apa kata kau pulak buatkan untuk aku...hahaha