Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Monday, August 22, 2011

Fenomena Bulan Mengelilingi Kaabah Adalah Benar

Assalamualaikum. Harini baru dapat menaip. Ingatkan semalam nak menaip entri tapi penat pulak. Aku berbuka dalam kereta je semalam. Nasib baik sempat terawih kat masjid yang selalu aku pergi. Ingatkan semalam tak sempat memandangkan pukul 6.15 petang aku dengan family masih berada di Muar singgah beli juadah berbuka. Sampai rumah 7.30 malam. Nampak kan betapa lajunya bapak aku drive kereta. hahaha. Dah biasa kot hari-hari drive dari Batu Pahat ke Muar. Bapak aku kerja kat sana.


Okaylah berbalik pada tajuk asal, Sabtu lepas aku dengan family pergi Seremban. Sampai je rumah sedara aku, macam-macam ceritalah keluar sampai berita Pak Long aku pergi umrah pon ada. Kebetulan dia baru sampai KL hari Sabtu tu. So dia cakaplah fenomena bulan berada atas Kaabah tu betul-betul ada. Tapi takde pulak dia cakap bulan tu mengelilingi Kaabah ke tak.

Lagi satu dia cakap fenomena tu berlaku 16 atau 17 Ramadhan (aku tak ingat tarikh dia) lalu dan bukannya 20 Ramadhan seperti yang disampaikan dalam SMS palsu baru-baru ni. Tarikh 17 Ramadhan tu bersamaan dengan hari Nuzul Al-Quran. Ada betulnya jugak kalau benda ni betul-betul berlaku. Sebab tarikh tu adalah pertengahan bulan. So bulan akan mengambang penuh. Atau inilah kekuasaan yang ALLAH nak tunjuk kepada kita.

Yang kelakarnya bila dalam SMS palsu tu ada menyatakan segala doa akan dimakbulkan. So ramailah yang sebarkan kepada rakan-rakan. Maka untunglah syarikat telco yang berada di Malaysia ni. Inilah perangai ORANG KITA yang hanya tahu ambil jalan mudah je. Malas berusaha tapi minta doa dimakbulkan. Wallahualam.

*******************************************************************
Mungkin pengarah dan staf-staf syarikat telco terbabit ada berdoa pada malam kejadian fenomena tersebut. Sebab tu boleh untung besar dengan sebarkan SMS macam ni. hahahaha

3 comments:

cik najihah said...

nak tanye..cane nak buat related post tu

hazirah kasimon said...

:)

Bro ahmad said...

kalau betul kecoh satu dunia,,pihak barat mesti buat kajian punya