Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Monday, August 8, 2011

Kali Pertama Masuk Persada Johor Bahru (Part 1)

Assalamualaikum. Dah seminggu dah aku berpuasa. Alhamdulillah puasa aku masih penuh. Takde nak bukak-bukak peti ais macam zaman kecik-kecik dulu. hahaha. Semalam aku pergi JB jalan-jalan kat Persada Johor. Kat sana ada PC Fair semalam. Dah la semalam aku tak cukup tidur. Dapat tidur dalam 4 jam je. Tidur lepas subuh pastu bangun pukul 10 sebab kawan ajak pegi JB. Macam mayat hidup je rasa.

Dah lama tak pergi JB. Last aku pergi bulan Mei lepas sebab kena handle event kat UTM. Maknanya dah 3 bulan la aku tak sana. Perjalanan aku rasa macam jauh je. Kalau dulu aku rasa macam dekat pulak. hahaha. Sampai je dekat Persada Johor tu kitorang cari parking. Kitorang parking kat luar je. Di sebabkan ini kali pertama aku pergi Persada Johor, so rasa teruja la sikit. hahaha


Kawan aku ni pulak entah macam mana dia boleh lupa jalan nak masuk tempat ni. Kitorang saje je lah masuk ikut tempat parking dalam tu. Siap naik lif lagi. Dalam 10 minit camtu kitorang puas cari pintu masuk dari tempat parking tu tapi masih tak jumpa-jumpa. Lastly kitorang decide masuk ikut pintu utama. So kenalah turun tingkat bawah sekali. hahaha

Rupanya bukan kitorang je yang sesat dalam tu. Ada nyoyna sekeluarga ni pon sama macam kitorang. Cari pintu nak masuk dari tempat parking tapi tak jumpa-jumpa. hahaha. Akhirnya berjaya jugak masuk situ lalu pintu utama.

Bersambung...

No comments: