Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Monday, August 8, 2011

Kali Pertama Masuk Persada Johor Bahru (Part 2)

Macam biasa di kebanyakan event PC Fair yang lain, ada satu adat ketika kita memasuki pintu tempat PC Fair tu. Korang rasa apa? hahaha. Mestilah kebanjiran promoter-promoter broadband. Geram pulak aku. Jalan sini jumpa promoter, jalan sana jumpa promoter lain pulak. Memang kenalah dengan slogan "everywhere" diorang tu. hahaha.

Aku ke sana bukan nak tengok Pc atau laptop. Saje nak tengok DSLR yang agak "murah" tu. Aku bajet tahun ni dapatlah beli satu DSLR tu. Tapi hajat tu tidak kesampaian pulak. Duit laptop ni pon tak bayar habis lagi. Tapi rasa bangga la sebab dapat beli dengan duit sendiri. Tak macam sesetengah orang tu yang bangga dengan Apple dia padahal duit mak bapak. hahaha. Habis duit PTPTN aku.


Dah puas tengok DSLR. Siap mintak pendapat dari jurujual lagi. Ye lah. Aku kan beginner. Takkan nak beli yang RM 18k terus. Beragak la dengan pengalaman aku yang seciput ni. hahaha. Pendapat diorang, diorang cakap Canon EOS 1100D sesuai dengan aku. Harga tak sampai 2k. So kenalah target balik pasni. Aku target tahun depan dapatlah benda ni satu. InsyaALLAH.

Lebih kurang 2 jam aku kat sana, sebelum balik belilah apa-apa yang murah kat situ. Lastly aku beli vacuum cleaner USB. Tu je lah yang mampu time tu. Sampai rumah 2 minit sebelum berbuka. JB dah berbuka dah time tu. Kalau BP beberapa minit kemudian. Itu sajalah cerita untuk semalam.

2 comments:

Freaky said...

pc fair ? gila heaven.. best gilaa

SITI NOORNADIYANA said...

patut mcm kenal. ex schoolmate samura dulu. singgah & follow sini ye. :)