Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Monday, August 29, 2011

Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri Yang Berkurangan

Assalamualaikum.

Tiga jam saje lagi nak masuk berbuka.
Tiga jam saje lagi Ramadhan Al-Mubarak akan meninggal kita.
Tiga jam saje lagi Syawal menemui kita.
Dan tiga jam saje lagi syaitan akan bersuka-ria.

Dua hari aku biarkan blog ni tak berupdate. Puasa blogging katanya. hahaha. Busy tolong mak kemas rumah. Bersihkan kipas, susun atur kerusi, macam-macam lagilah. Bagi aku kemeriahan Aidilfitri tahun ni macam kurang sikit la.
Pelita
Sepanjang bulan Ramadhan ni, ada beberapa kali aku berbuka kat kampung. Kampung aku tak jauh pon dari rumah. Setakat bandar dengan Parit Raja tu apa la sangat. Apa yang aku nampak cuma beberapa buah rumah je yang pasang pelita original. Yang lain semuanya pasang pelita yang ada mentol. Jimat dan mesra alam katanya.

Mercun dan meriam
Untuk pengetahuan semua, dah dua tahun aku tak pegang mercun dan main meriam. Sebab puasa tahun lepas banyak dihabiskan di unversiti. Nak cari port jual mercun tu yang payah. Kalau ada pon jual sebiji-sebiji atau sepapan-sepapan. Aku nak beli sebungkus tapi harga sama macam beli sebiji-sebiji. Memang kena pikir berkali-kali la. hahaha. Entah-entah level keberanian aku nak bakar mercun pon dah berkurang. Maklumlah 18 tahun aku asah bakat nak bakar mercun ni. Bila dua tahun tak main memang jatuh merudum la. Macam trafik blog jugak. hahaha.

Tak dapat beraya bersama
Bukan tahun ni je tak dapat raya bersama. Setiap tahun pon sama. Aku nak balik kampung aku, dia nak balik kampung dia. Puas aku pujuk setiap tahun tapi keputusannya tetap sama. Oh Tiz Zaqyah, kenapa keras hati sangat? Setiap tahun I janji dengan mak I nak bawak U balik sini. Tapi U tetap tolak permintaan I. Kenapa?!!! Kenapa?!!! Kenapa?!!!
Gambar di henset untuk peribadi,
Gambar di Google untuk everybody.
=D

Okay cukuplah entri merapu dari aku. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin.


*********************************************************************
Okay tak pantun aku kat atas tu? Masalahnya tu pantun ke? hahaha. Idea spontan tu (tanpa backspace).
Abaikan label untuk entri ni. LOL

8 comments:

hira said...

hahaha. tak boleh blah je pasal tiz zaqiyah tu. perasan :p

p/s: selamat hari raya! haha :D

Farhan Hanif said...

@hirayelah..sape la kita...cita2 bermula dengan angan2...hahaha

selamat hari raya jugak...=D

syazu said...

da lame tak jenguk jiran neh..senyap je..tak hulur2 pon kueh raya..selamat hari raya!

SoLy SoLicious said...

selamat hari raya maaf zahir batin ya :)

tia @ Ini Kisah Tia said...

hahaa . tak menahan sungguh dengan Tiz ..

Farhan Hanif said...

@syazu mana reti nak buat kuih raya ni...nak bagi yg beli kat luar mahal pulak..haha

Farhan Hanif said...

@SoLy SoLicious selamat hari raya jugak...=D

Farhan Hanif said...

@tia @ Ini Kisah Tia ish...nape ramai yg tak percaya ni? grrr~