Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Tuesday, August 23, 2011

Kenangan Bersama Kad Raya

Assalamualaikum. Entah macam mana aku hampir terlepas pandang segmen dari Keroro ni. Kalau nak join boleh ke SINI atau klik gambar bawah ni.


Segmen kali ni mengimbau kembali kenangan bersama kad raya. Rasanya dah bertahun-tahun tak dapat kad raya ni sejak adanya henset. Maklumlah semua pakat hantar ucapan hari raya pakai henset je. Jimat punya pasal.

Last aku dapat kad raya masa sekolah menengah dulu. Yang hantar tu member sekolah rendah kalau tak silap. Tak ingat pulak siapa dia. Mungkin aku tak pernah hantar kat sesiapa menjadi punca aku tak dapat kad raya sampai sekarang. T_T

Apa yang best pasal kad raya ni bagi aku adalah kreatif. Masa zaman sekolah-sekolah dulu ada pertandingan design kad raya. So kenalah beli barang-barang nak buat kad raya tu. Siap ada manik lagi. Lastly tak jadi hantar pon sebab malu ada manik-manik tu. LOL

Ada jugak aku beli kad yang ada bunyi lagu raya tu tapi sayang nak bagi kad orang. Kedekut gila kan masa tu. Buat hiasan kat rumah je la. Macam Mr. Bean pulak rasanya.

Ada sesape nak bagi aku kad raya tak? Sampai rumah lepas raya pon tak kesah. hahahah

5 comments:

Mrs. Farhan said...

Tahun depan lah saya bg kad raya kat awak k. =P

http://sayasibudakopto.blogspot.com/2011/08/kenangan-bersama-kad-raya.html

azeelia azman said...

tggu jelahh taon depan ekk :D

sergeant keroro said...

kad raya digital jela, hehe :P

tia @ Ini Kisah Tia said...

hahaa . rasa sayang je nak bagi sebab orang lain tak bagi pun kad yang ada bunyi2 . muahahaaa :)

sue perbs.. said...

haha.. kad raye ade manik2.. mesti cantek kan.. klu sy ade kad ade bunyi lgu tu pun mesti la sayang nk bgi org lain..