Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Saturday, August 27, 2011

Penantian Menunggu Bro Posmen Berakhir

Assalamualaikum. Tadi masa tengah khusuk main DOTA, tiba-tiba adik aku cakap ada surat untuk aku. Ingatkan dia main-main je. Rupanya betul-betul la. hahaha


Tengok cop kat sampul surat tu tulis Shah Alam. Mulalah aku pikir siapalah member aku yang duduk Shah Alam. Sekali bukak rupanya dari member aku dari Negeri Sembilan la. Macam mana surat tu sampai Shah Alam itu aku tak tahu. Yang penting ada jugak kad raya untuk tahun ni.

Dari awal puasa haritu aku tunggu Bro Posmen. Tapi hampa je setiap hari. Yang Bro Posmen tu hantar cuma surat dari Astro, MBF, SEGI College (kolej tak paham bahasa...asyik-asyik call mak aku tanya adik aku dah masuk U ke belum). Akhirnya dapat jugak walaupun cuma satu je (terharu). T_T



Kad ni dari kawan matrik aku. Walaupun tak pernah sama kelas, kitorang PERNAH rapat melalui facebook SUATU KETIKA DAHULU. Okaylah. Malas nak ingat balik. Tak sangka masih simpan alamat yang aku bagi dulu. Oh ye. Lupa nak mention nama sebab eksaited sangat. Thanks NUR FARAWAHIDAH HANIM.

***************************************************************
Dah dua tahun langsung tak pegang mercun. T_T

8 comments:

hira said...

haha :D kesiannya. saya ada bagi kad raya ni dekat orang. adeh. sama la pula. haha :p

Farhan Hanif said...

@hira sama ke...haha...kalau taknak sama design sendiri lain kali...pastu post kat saya ye..=D

SITI NOORNADIYANA said...

naseb ade jugak kad raye. hehe...

p/s : selamat hari raye! :P

tia @ Ini Kisah Tia said...

at least ada :)

Nalisa Syahira said...

untung dapat kad raya . thun ni satu pun kawe tak dpt , sob sob sob ,

nfw hanim said...

ha spell name aku salah..tettttt!~ huhu
selamat hari raya yup ^^

Farhan Hanif said...

@nfw hanim abes tu camne? aku siap cari kat fb tp x jumpa pon...hahaha

nfw hanim said...

mcm ni nur farahwahida hanim..oke? huhu