Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Monday, August 1, 2011

Read More Menyusahkan Pembaca. Betul Ke?

Assalamualaikum. Lagi satu jam lebih je nak berbuka. Bagi yang berada kat Sabah Sarawak tu mungkin dah ada kat meja makan kan. hahaha. Tapi takpe sebab puasa ni dah biasa bagi aku. Sebab masa sepanjang cuti yang lepas aku jarang makan waktu siang. Bangun tidur pon time matahari dah terpacak kat atas kepala. hahaha. Teruk gila kan. Tapi nak wat camne dah jadi rutin harian. Malam jadi burung hantu, siang jadi kelawar. hahah

Seharian aku tak update sebab pergi KL. Macam-macam cerita yang aku terlepas. So pagi tadi sampai je rumah terus bukak blog sebab nak tahu berita semasa. Ada yang cerita pasal Khairul Fahmi Putus Tunang la, pasal Bulan Ramadhan Al-Mubarak la, dan banyak lagi. Tapi ada yang menarik perhatian aku iaitu berkenaan dengan Tips Trafik Blog. 



Isu tersebut adalah mengenai fungsi Read More. Ada yang suka begitu juga sebaliknya. Aku akui memang aku suka pada awalnya sebab boleh tingkatkan page views (PV). Tapi bila fikir balik buat apa PV tinggi kalau Unique Visitors (UV) rendah. Masa start pasang Read More tu bukan sebab nak tingkatkan PV. Aku pasang sebab nak ringankan blog ni. Maklumlah bila ada entri yang bergambar, loading blog akan menjadi berat sedikit berbanding biasa. Jadi jalan penyelesaian aku buat adalah pasang Read More.

Tapi sekarang aku sedar ada yang tak suka dengan cara begini. So lepas ni aku tak letak dah Read More tu. Jumlah post untuk setiap page pon aku kurangkan jadi 2 bagi meringankan loading. Sebelum ni aku buat 4 sebab ada Read More. Banyak aku belajar dari berblogging sepanjang cuti ni. Hari tu pasal chatbox, sekarang Read More pulak. Lepas ni apa pulak ek? Harap-harap ada la isu baru. Bolehlah aku perbaiki segala kelemahan blog ni. InsyaALLAH.

Okaylah tu je nak update. Harap info yang tak berapa nak info ni berguna kepada semua. Wasalam.

************************************************************

*Jom Terjah blog Tia. Aku ada join segmen kat sana.
*Time ni mak aku tengah buat sambal tempoyak. Perghhh...terliur tak? hahah
*Saje Bold sebab orang cakap salah satu tips bermain SEO. Tak tahulah betul ke tak.


6 comments:

Eena Arrina said...

mmg mnyusahkan pon.huhuh

NNisa said...

setuju.

hilang terus nafsu nak bace.

hehehehe :)

selamat berpuase.

Liefde Ain said...

memang mnyusahkan READ MORE nie. sebb tu aku selalu bace post kau yg awal2 jeh. huhuhu!!~

NadiRah said...

biaselah..manusia ni suke baca yg terpampang depan mata jer..
mls nk klik2 tu..kih3

cik pip said...

x suka sgt ada read more..mls nk baca nanti:)dh fllw

syazu said...

aku tak suke blog yg ade read more..automatik aku akan blah..haha..