Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Tuesday, August 23, 2011

Soal Yuran Juga Yang Mereka Cari

Assalamualaikum. Selamat pagi. Mesti ada yang baru bangun kan. Macamlah aku tak tahu. Aku pon sama. Sedap tidur waktu hujan ni. hahaha. Tinggal seminggu je lagi nak menyambut hari raya. Masing-masing aku tengok tengah buat persiapan nak beraya. Aku pon belum siapkan apa-apa. Buat apa buat persiapan hari raya ni. Persiapan nak mati dan mengadap ALLAH ada yang lupa. Opss...Ceramah free pulak. hahaha



Dalam membuat persiapan hari raya ni jugak aku tengok ada yang buat persiapan nak masuk universiti. Maklumlah student baru masuk awal lebih kurang seminggu selepas raya kalau tak silap. So kenalah buat persiapan awal memandangkan seminggu tu kita nak beraya sakanlah katakan. Bagi student yang tak berapa baru macam aku ni masuk 10 @ 11 September ni. So lambat lagilah kan. Sempat join baraan (tempat lain panggil Marhaban) dari rumah ke rumah. Sempatlah jugak merasa makanan enak-enak masa baraan nanti. hahaha.

Bercakap pasal persiapan masuk U ni, soal yuran tak boleh diabaikan. Sampaikan ada yang search pasal "yuran UTM mahal." hahaha. Nak tergelak pon ada. Sepanjang 2 sem aku belajar dengan kadar yuran macam tu, alhamdulillah dapat jugak makan ayam hari-hari. Takdelah makan mee segera je (sepanjang 2 sem tu aku tak makan mee segera langsung).


Berdasarkan entri yuran UTM paling mahal, yuran aku RM1800 sebab kolej yang aku duduk tu kolej baru. Bilik yang sepatutnya boleh diduduki 4 pelajar hanya ada 2 orang je dalam tu. Nak bawak masuk meja pingpong atau akuarium pon boleh. Serius. Ada je bilik kos murah tapi kolej lain. Setiap kolej mempunyai harga yang berbeza-beza. Sepanjang 4 tahun tu kalau nak pindah kolej setiap tahun boleh je asalkan dapat kuota pengetua. Tapi kalau duduk berjauhan dengan coursemate memang susahlah kalau nak copy assignment. hahaha.

Okay cukuplah penerangan aku tu. Sebenarnya ada lagi yuran universiti yang lagi mahal dari UTM. Cuba tengok komen kat entri ni.


4 comments:

cik najihah said...

yuran upm lagi mahal

n.i.k said...

yuran uitm la plg murah rs nye.. sy blaja tiap sem xcecah 600 pun. mmm tp cian mak ayah. so kena balas js dorg ;)

mysyazwanie.blogspot.com

tia @ Ini Kisah Tia said...

wahhh , sampai 1800 .. kena kat Tia . makan megi kot hari2 ..

Qaseh dalia adelia said...

uitm plg murahh