Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Friday, August 19, 2011

Surat Tuntutan : Yuran UTM Paling Mahal

Assalamualaikum. Tadi ada posmen hantar surat kat aku. Surat Tuntutan tajuknya. Aku pon tak tahu tuntutan apa pulak ni. Aku kahwin pon belum lagi, lagikan pulak bercerai. Nak kata tuntut hak penjagaan anak, anak tekak je aku ada sekarang ni. Sekali bukak surat tu rupanya pasal tuntutan yuran pengajian la. hahaha.


Patutlah haritu ada kawan aku cakap UTM mintak jelaskan bayaran sebelum naik semester ni sedangkan PTPTN tak masuk lagi. Bagi yang cepat gelabah akan gelabah la bila soal macam ni. Pinjaman PTPTN akan dimasukkan sebelum naik semester selalunya. Lagi pon yuran tu akan ditolak melalui akaun bank yang didaftar semasa proses pendaftaran tahun 1 dulu. So tak perlu risaulah bila benda macam ni terjadi.


Aku dengar yuran UTM paling mahal dalam kebanyakkan universiti kat Malaysia ni. Betul ke? Aku pon tak tahu. Mungkin yuran diorang tak termasuk kos penginapan asrama kot. Sebab UTM ada sediakan asrama sepanjang masa pengajian. Tak macam universiti lain yang hanya sediakan untuk mahasiswa tahun satu sahaja. Habis je tahun satu kena cari rumah sewa. Cuba jumlahkan kadar sewa tu dengan jumlah yuran pengajian tu. Cukup tak RM1800 macam kat surat yang aku dapat ni. Aku rasa mesti lebihkan. Tapi masih ada yang merungut cakap UTM punya yuran mahal berbanding universiti lain. Wallahualam.

***********************************************************************
Mulanya aku nak cerita pasal dapat surat tuntutan ni je tapi tetiba terberi ceramah pulak. hahaha. Ni bukan ceramah free tau. Kena bayar seringgit. Klik bawah ni. hahaha



7 comments:

hanyzham hadny said...

mahal ny...kat ums 1st sem pon tak sampai 1800...yuran ums antara 1250-1400 ja..termasuk penginapan, lesen elektrik....

shaliza khairi said...

hoho~
yuran saya lebih rm86 kot dAri awak. tu pun lepas diskaun. haha.

ramai komplen pasal yuran sem depan.
betollah tu yuran utm paling mahal setakat ni. hee~

nak tak nak bayar je lah. =.="

My Name is Mar said...

Bhaiiii,... Rm1800 tu dah kira MURAH tau tak??
Lu tatau wa kat UM lagi CEKIK darah..
TOTAL yuran tak pernah kurang dari RM2000 wa kata lu..
Dah lah sara hidup kat KL tinggi..
Kalau duduk rumah sewa, lagi BANKRAP.
Yuran aku setiap 1st SEM lebih kurang RM2400..
2nd sem kurang sikit.. RM2250..
Lepas tu, boleh pula ada adjust-adjust yuran.. Kadang-kadang dah bayar full, tapi tetiba ada adjust RM50.. Thats mean, bayar lagi...

Farhan Hanif said...

@hanyzham hadny ok la tu...lgpon kolej aku ni jenis mahal sikit...bilik patutnya boleh ddk 4 orang tapi ddk 2 orang je...heaven gila...puas!!!

Farhan Hanif said...

@My Name is Mar wahhh....mencekik sampai tercekik ni...abes tu mkn apa? takkan magie je hari2

Freaky said...

unimap, perlis yuran 1300 je dan dapat kolej kediaman sampai grad.. lagi terbaik. hahaha

Ajeyy Rawk said...

salam ziarah :)
jemput laa datang jenguk entry terbaru saya yer .. :D

http://ajeyyrawk.blogspot.com/2011/08/hasil-edite-gambar-dengan-picnikcom.html