Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Thursday, August 25, 2011

Tak Bosan Ke Berblogging Ni?

Assalamualaikum. Ada kawan aku tanya, "Tak bosan ke mengadap blog?" Jawapannya tak sebab selain berblog  aku buat kerja lain. Ibarat sambil menyelam gosok gigi minum air la ni. So takdelah bosan sangat. Kerja apa yang aku buat? Baca sampai habis.



First of all (teromputih pulak), aku main game kesukaan kebanyakkan lelaki iaitu Defence Of The Ancients atau dikenali sebagai DOTA. Ada jugak perempuan yang main game ni kadang-kadang. Aku main dengan komputer ke? Jawapannya tak. Aku main dengan makhluk-makhluk yang berada di Malaysia ni la. Dengan hanya mendownload sofware yang bernama GARENA, aku boleh main dengan sesuka hati terus dari rumah. Tak perlu nak ke cyber cafe (CC) main dengan mereka-mereka yang berada di sana. Dahlah bising. Tapi semangat perkauman kena kuatlah pakai GARENA ni sebab golongan-golongan racist ni macam celaka. Selalunya antara Melayu dengan Cina. Kaum lain tak nampak pulak batang hidung.

Yang kedua, aku pasang tv kuat-kuat. Selalunya aku bukak chanel Astro MTV pagi-pagi. Bolehlah layan sikit. Lagi-lagi bila keluar lagu LMFAO dengan Far East Movement, butang tambah volume wajib ditekan. Biarlah jiran nak kata apa. Diorang nak cakap ganggu tidur ke aku tak kesah. Buruknya perangai tidur pagi-pagi ni (aku baru je lepas bangun..hehehe). Depan rumah aku ni ada tadika. Bila cikgu diorang ajar lagu nasyid, aku slowkanlah balik volume tu. Tak pon bukak Astro Oasis. Insaf kejap T_T

Yang ketiga, frasa carilah ilmu sehingga ke negeri China aku praktikkan sepanjang cuti ni. Maklumlah tak kerja. So peganglah prinsip tu. Antara ilmu yang aku pelajari sepanjang cuti ni adalah bab coding-coding flash ni. Walaupon pada awalnya aku malas nak pikir dah pasal benda ni sebab tak tahu nak cari sumber kat mana. Atas bantuan Zaim dari blog Ayeem Ayam, dapatlah aku belajar flash ni sikit-sikit. Cuba tengok header tu, ada jam digital kan. Coding ni aku dapat lepas Zaim bagi aku link pasal flash ni walaupon bukan coding jam ni yang aku cari. Selain header, ada lagi yang aku buat. Contohnya dalam entri Mukadimah ni. Mulanya nak tanya macam mana nak buat buku yang macam dia buat, sekali jumpa yang lain pulak. Walaupon aku punya tak kemas mana pon. hahaha.

Okay cukuplah sampai disini. Terpanjang pulak aku taip.


******************************************************************
Harini cuaca panas tapi tak terasa panas pon. Adakah malam tadi malam lailatul qadar? Wallahualam. =D

6 comments:

hira said...

blog sambil tengok tv? uihhhhhh.. biar betul? hahaha :D

Farhan Hanif said...

@hiranape? tak pernah buat ke? =D

Muhammad Haidar @ Coremand said...

lai lai lai.. bila nak match ngan aku? haha.. tapi PC aku rosak, laptop tak boleh install garena.. =="

Farhan Hanif said...

@Muhammad Haidar @ Coremand ceyt...ajak tapi xboleh main...haritu Jimmy ajak aku...tapi terus xjumpa lepas dia add aku

tia @ Ini Kisah Tia said...

hahaaa . habis buat bising pagi2 ...

Farhan Hanif said...

@tia @ Ini Kisah Tia biasa la duduk rumah sorang2...semua gi kerja...sunyi...=D