Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Tuesday, August 16, 2011

Yang Kesepuluh Dari Nuffnang

Assalamualaikum. Entri ni kalau korang nak baca, bacalah, kalau taknak aku tak kesah.

Tadi aku cek earning Nuffnang mana tahu kalau-kalau dapat BE (Buffered Earning) lagi. Dah dekat 2 minggu blog ni takde BE selepas BE dari Toyota Vios jadi ME (Metered Earning). Alhamdulillah aku dapat BE lagi. BE kali ni dapat dari Iskandar Malaysia. Bagi yang tinggal di Johor tu mungkin tahu Iskandar Malaysia ni apa.

Iskandar Malaysia, dahulunya Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar Development Region) merupakan koridor pembangunan yang dilaksanakan di bahagian selatan Johor. Koridor ini juga dikenali sebagai South Johor Economic Region (SJER) atau Pembangunan Wilayah Ekonomi Selatan Johor.  
Koridor ini diumumkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 30 Julai 2006. Koridor ini telah bertukar nama kepada Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) pada 4 November 2006 bersempena nama Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail. Namanya ditukar lagi menjadi Iskandar Malaysia pada 11 April 2008. Tempoh pembangunan kawasan ini adalah sehingga tahun 2025 dan memerlukan kos lebih RM47 bilion untuk menjana pertumbuhan ekonomi sebanyak lapan peratus dalam tempoh lima tahun yang pertama. Iskandar Malaysia juga akan menjadi sebuah pusat pertumbuhan yang terbesar di rantau ini. Apabila ia siap kelak, keseluruhan kawasan pembangunan dikatakan menyamai 2 setengah kali ganda keluasan Singapura. Khazanah Nasional Berhad akan memainkan peranan utama dalam merealisasikan wawasan itu. Kewujudan wilayah pertumbuhan seluas 2,217 kilometer persegi itu diyakini mampu menarik firma besar bertaraf antarabangsa menjalankan perniagaan di situ. [Wikipedia]
 Okay dah tahukan Iskandar Malaysia tu apa. Lama tu jangka masa projek pembangunan ni. Tahun 2025 umur aku dah 30-an dah. Tu pon kalau umur panjang la. Aku rasa ni BE ke-10 yang aku dapat untuk blog ni. Cuba tengok gambar bawah.


Dah puas tengok? Aku saje tak hitamkan amount ME untuk vios tu sebab tu earning paling tinggi pernah aku dapat dari BE. Selama ni tak sampai singgit pon. Earning sekarang lagi dua ringgit boleh cashout tapi aku nak tunggu ChurpChurp dulu. Lama lagi la nampaknya nak cashout.

***************************************************************************

Yang menyampah dengan entri ni jangan salahkan aku sebab aku dah cakap kalau nak baca, baca, kalau taknak aku tak kesah pon. =D
Ada yang kategorikan entri macam ni entri sampah. Gua tak kesah...=p


4 comments:

Kathy Tuah said...

wah..bestnya! tahniah - tahniah ^_^

usher said...

lama dah x singgah blog ko ni, buzy terawih (ceh).
raya ni singgah la umah ak yg x seberapa ni.
BE ko ada 1 je ke?ak ada 4 ni ha..
BE kita berbeza ek?ak x de pun BE ni, ak ada proton

SITI NOORNADIYANA said...

blog dota tu mende? ahaha. :D

Farhan Hanif said...

@SITI NOORNADIYANA blog dota tu blog 1 lagi...ni tarbond ngan ubye yang buat masa lepas SPM dulu...lama dah tak bukak...