Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Thursday, September 1, 2011

Aidilfitri 2011 (Part 1)

Assalamualaikum. Dua hari tak dapat online, rasa lain macam je. hahaha. Aku baru sampai rumah petang tadi. Sampai rumah terus online. Baru sekarang dapat update.

Dalam mood raya ni ada jugak yang update blog ye. Aku nak update tapi tak bawa laptop pulak. Ingatkan rumah sedara aku takde internet. Baru pasang rupanya. Aku balik kampung kat Pahang tahun ni lebih awal daripada tahun sebelum-sebelum ni. Tahun sebelum-sebelum ni aku balik sana pada raya kedua, tapi tahun ni petang raya pertama dah gerak ke sana dah.

Habis je sembahyang raya terus balik kampung sebelah abah. Dekat je dengan rumah. Tak sampai 30 minit perjalanan pon. Habis salam-salam dan mintak maaf terus gerak ke Pahang. Tahun ni ke rumah sedara di Felda Bukir Damar, Lanchang sebab nenek ada kat sana. Sampai sana masa tu dah malam dah. Budak-budak tengah main mercun. Geram je rasa sebab tak pegang mercun lagi.

************************************************
Tetiba rasa nak buat part-part pulak. Takyah baca pon takpe. =D

2 comments:

cik najihah said...

x raye lagi kat bukit damar..
minggu depan baru ray sini..
huhu

tia @ Ini Kisah Tia said...

hahaaa .. dah rugi tak bawa laptop ..