Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Friday, September 2, 2011

Aidilfitri 2011 (Part 3)

Assalamualaikum. Setiap kali balik dari Pahang, family aku mesti singgah Pekan Sehari @ Pekan Sari (aku pon tak tahu nama sebenarnya). Tapi tempat tu buka cuma hari Ahad je. So tahun ni tak sempatlah nak singgah. Family aku singgah sana pon sebab nak beli ikan Patin. Maklumlah Temerloh tu kan Bandar Ikan Patin. Wajib beli bagi mak aku.

So masa on the way nak balik tu singgahlah kat gerai tepi jalan yang jual ikan Patin. Dapatlah 4 ekor ikan Patin 2 ekor Talapia. Pastu beli tempoyak. Korang makan tempoyak? Aku bantai je. Cuma abah aku je tak makan. Jawa la katakan. Aku ni pulak dah bercampur Jawa dengan Pahang.

Sampai Segamat, family aku singgah kedai nak beli kasut sekolan untuk adik pulak. Tapak dah haus walaupon baru dua bulan pakai (berkawad agaknya). Masa mak dengan adik tengah sebuk cari kasut, aku dengan abah tinggal dalam kereta. Tiba-tiba ada sebuah kereta ni mengundur tanpa lihat belakang. Abah aku stop belakang kereta je. Takde parking time tu. Pastu kereta tu langgar kereta aku.

Nama je hari raya. Bukannya orang tu nak turun minta maaf ke apa. Cuma tengok-tengok dengan muka tak bersalah pastu belah macam tu je. Bongok punya perempuan tu (pemandu tu perempuan). Habis bertambah calar kat sisi kereta bahagian belakang tu. Sebelum ni memang ada calar pon sebab adik aku sengal nak parking kat garaj pastu langgar tiang.

******************************************************
Mak aku tengah masak ikan patin masak tempoyak ni. Sedapnya bau. hahaha

No comments: