Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Tuesday, September 6, 2011

Akan Datang : Aku Bukan Tomboy

Assalamualaikum. Tengok trailer je dah tergelak, belum tengok cerita penuh lagi. Tadi aku saje-saje blogwalking dan ternampaklah pasal review filem AKU BUKAN TOMBOY. Serius lawak sebab ada Shaheizy Sam. Syamsul Yusof pulak macam jadi mat jambu je gayanya. Dah bosan jadi gangster agaknya. hahaha.



Barisan Pelakon

Scha Al-Yahya, Syamsul Yusof, Harun Salim Bachik, Shaheizy Sam, Eira Syazira, Sheera Iskandar, Salina Saibi, dan Zarina af.

Sinopsis

Filem Aku Bukan Tomboy mengisahkan tentang si gadis Tomboy yang dibesarkan oleh bapanya selepas kehilangan ibunya sejak kecil. Di sebalik hati seorang gadis tomboy ini dia turut menyimpan hati kepada seorang lelaki, sama seperti perempuan normal yang lain. Akhirnya, tanpa disedari dia berada dalam percitaan tiga segi di antara 2 jejaka iaitu Harry dan Burn.



Nantikan 17 November 2011

********************************************************************
Suka tengok ending trailer ni. Lawak gila. =D

3 comments:

NadiRah said...

okay...tgk kat umall nnt...huhu

sergeant keroro said...

tengok kat giant nanti, lau ada la. HAHA

said...

nak tengok kat tesco pulakk..hahah