Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Monday, September 12, 2011

Apabila Facebook Disalahgunakan

Assalamualaikum. Tadi aku baca kosmo online dan terkejut dengan satu tajuk yang berkaitan dengan Facebook. Seperti yang kita ketahui, facebook merupakan satu jaringan popular ketika ini. Macam-macam cerita yang aku dengar berkenaan dengan facebook ni. Antaranya yang popular adalah jejak kasih. Ada jejak kasih antara keluarga dan ada juga jejak kasih sahabat lama.

Jejak kasih sahabat lama inilah yang bahaya sebenarnya. Kalau dengan jantina sejenis takpe. Kalau dengan jantina berlainan lain pula ceritanya. Boleh berlaku pertengkaran antara keluarga dan seterusnya membawa kepada perceraian. Sedara aku ada cakap statistik perceraian kat negeri dia agak tinggi dan ia berpunca daripada facebook. Jumpa kekasih lama la, jumpa cinta pandang pertama la, macam-macam ada bak kata Astro.

Bagi pengguna facebook yang selalu meng-upload gambar, lebih baik korang hentikan aktiviti itu. Nak tahu kenapa? Cuba baca ni.

NILAI - Disihir menggunakan gambar yang terdapat dalam laman sosial Facebook (FB). Itu yang didakwa berlaku kepada seorang pelajar institusi pengajian tinggi, dikenali sebagai Ira apabila gambar dari laman sosialnya dijadikan sebagai senjata pemujaan sihir.
Ira, 22, mendakwa, dia telah disihir oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Maria kerana cemburu akan hubungan bersama teman lelakinya serta mahu memutuskan hubungan mereka.
"Maria adalah bekas teman wanita kekasih saya tetapi hubungan mereka telah lama putus. Sebab itu dia menyihir saya kerana ingin melihat hubungan kami hancur.
"Kami tidak mengenali antara satu sama lain.
"Dia hadir menghulurkan tangan sebagai rakan dan saya sambut kerana ingat dia jujur namun sebaliknya," dakwanya ketika ditemui baru-baru ini.
Jelas Ira lagi, dia mengetahui disihir oleh Maria melalui sekeping gambar setelah menerima rawatan daripada penaung Pusat Rawatan Islam At Tobibi di Bandar Baru Nilai, Shamsuri Safie pada Jun lalu. Menurutnya, semasa rawatan, dia mendapati gambar mata Maria seolah-olah bersinar setiap kali dia merenungnya.
Ketika itu, dia merasakan Maria terlalu baik dan dia menurut segala kemahuannya termasuk berhenti kerja. 
"Bagaimanapun setelah berubat, baru saya tahu bahawa saya bukan sahaja terkena sihir tetapi disantau oleh Maria,'' ceritanya. 
Menurutnya, Shamsuri memberitahunya bahawa Maria telah meletakkan abu mayat di dalam makanannya.

Macam mana? Nak upload gambar banyak-banyak lagi tak? Bagi yang selalu join vote gambar yang entah apa-apa tu, baik korang hati-hati sebab hati manusia ni kita tak tahu isi dalamnya. Manalah tahu ada peserta yang nak sangat menang jadi dia pon guna ilmu sihir untuk menang. Wallahualam.

**************************************************
Entri ni agak panjang. Kalau yang skip-skip baca tu lantak koranglah. Aku cuma mengingatkan je.

Lepas ni uploadlah gambar doodle banyak-banyak. Kalau tak reti lukis, boleh suruh Nad Itik Kuning lukiskan. hahaha. Nak tengok doodle dari Nad untuk aku, boleh ke SINI.

1 comment:

tomatokering :) said...

errr org dengki leh buat mcm2 kn ..huk kne bnyk hati2 ..