Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Monday, September 12, 2011

Bermulanya Sesi Baru 2011/2012

Assalamualaikum. Harini bermulalah sesi baru untuk pengajian aku di UTM ni. Bermulalah aku sebagai pelajar tahun dua Ijazah Kejuruteraan (Geomatik) atau dipanggil sebagai land surveyor (juruukur tanah). Harini kelas start pukul 2 petang. So ada masa lagi untuk tidur. Ada masa lagi untuk update blog. hahaha

Bilik pulak aku dapat di kolej yang sama macam sem-sem lepas cuma di tingkat yang lain. Yang lepas di tingkat 4, sekarang di tingkat 5. Nampak tak betapa tingginya bilik aku. Boleh kurus camni. Masa angkat barang haritu pon aku bawak satu family masuk bilik. Kalau tak memang jenuhlah nak naik turun tangga dua tiga kali.

Walaupon tinggi bilik aku ni, tapi dapat pemandangan yang best. Sebelum ni aku dapat pandang blok-blok lain je. Kali ni dapatlah menikmati kehijauan alam. Jom tengok beberapa gambar yang sempat aku snap tadi. Masih berkabus. Macam duduk kat pergunungan pulak rasanya.

Nampak kemas sikit.
Bila nak pergi kelas nanti confirm lagi kemas.

Nampak tak kehijauan itu?
Bangunan yang dalam gambar tu fakulti kejuruteraan kimia dan sumber gas asli.
Aku dengar nama fakulti tu dah berubah. Agaknya la. Aku pon tak pasti.

Pemandangan tempat letak kereta dari bilik aku.
Kereta tak banyak mungkin ramai dah pergi kelas time ni. Selalunya banyak bila malam.

Menikmati kehijauan sekali lagi.
Pantulan gambar bangunan kat tingkap sebelah kiri tu adalah markas Palapes.
Akan kedengaran bunyi tembakan bila hari Sabtu atau Ahad.

***************************************************************
Kemas barang nak ke kelas. 
Harini akan berkenalan dengan pelajar baru direct entry (lepasan diploma atau politeknik) yang akan belajar bersama dengan kitorang sampai graduate.
InsyaALLAH.

3 comments:

cik najihah said...

besa gile bilik

azeelia azman said...

selamat belajar! ^^

Wanz Mejuez said...

Wahhh new room..!

belajaq leklok weh..

:D