Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Thursday, September 22, 2011

Dulu Seorang Pengkhianat, Sekarang Seorang Pelakon

Namewee. Satu nama yang pernah menggugat kedaulatan negara beberapa tahun lalu dengan nyanyian lagu Negarakuku dan Fuck TNB Malaysia. Tapi nama tu kian tenggelam dengan timbulnya berbagai isu baru berkaitan politik. Kini nama tu naik kembali tapi bukan sebagai "PENGKHIANAT", nama itu naik sebagai seorang "PELAKON."


Untuk cerita selanjutnya boleh google sendiri. Aku nak cerita pasal Nasi Lemak 2.0 ni.

Nasi Lemak 2.0 adalah filem pertama arahan Namewee selepas namanya dikategorikan sebagai pengkhianat. Ahad lepas semasa aku pergi menonton wayang, aku terlihatlah poster Nasi Lemak 2.0 ni. Masa itulah baru aku perasan nama Namewee ni. Sebelum ni tengok iklan kat tv tak perasan pon.


Sekali imbas tengok poster ni macam takde apa-apa pon. Tapi bila aku tengok sekali lagi, di bahagian penajaan kalau tak silap (bawah sekali) terdapat penajaan dari Tiger iaitu sebuah jenama bagi minuman kencing syaitan atau arak.


Macam mana pelakon Melayu yang beragama Islam boleh berlakon dalam cerita ni. Diorang tak kaji dulu ke dari mana penerbit atau pengarah ni dapat sumber penajaan. Walaupon diorang tak minum, duit tu tetap haram sebab diperoleh daripada yang haram. (ada gaya ustaz tak? hahaha)

Beberapa hari lepas terdapat satu kumpulan yang mengadakan demontrasi bagi memboikot filem Nasi Lemak 2.0 ni. Tapi cara diorang buat demo tu salah bagi aku. Sebab diorang buat demo adalah Namewee ni pernah terlibat dengan kontroversi. Tak masuk akal betul. Lainlah kalau diorang boikot sebab penajaan dari syarikat arak tu atau pon nama filem tu sendiri yang mungkin ada kaitan dengan "BERSIH 2.0".

Apa-apa pon terpulanglah kepada kita nak menilai samada filem ni baik atau buruk. Sekurang-kurangnya Namewee ni ada buat "something" untuk negara. Kita? Fikir-fikirkan dan selamat beramal. hahaha

***********************************************************
Entri ni aku sokong ke bangkang ek? Bila baca balik aku terus konfius. hahaha
**********************************************************

4 comments:

Ini Kisah Tia said...

uit , ada penaja dari tiger ?? hmm , tak selidik dulu ke sebelum nak bekerjasama tu?

cik najihah said...

gilos..btw bes ke cite tu?

Farhan said...

Namewee patut dipulaukan aje

My Name is Mar said...

Larh.......
Mamat ni ke yang ada kontroversi negaraku?..
Terus tak jadi tengok-_-"