Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Sunday, September 11, 2011

Lagu Malaysian Boy Tak Asli?

Assalamualaikum. Cuba korang dengar dua-dua lagu ni. Serius sama muziknya.







Ni pulak berita pasal Kanye West nak saman Altimet yang dicilok dari KOSMO.
TIBA-TIBA nak tersembur rasanya serdak kuih tat dari dalam mulut Diva bila terdengar kawan-kawan bercerita pasal berita panas pasal kononnya penyanyi rap serta komposer terkenal di Amerika Syarikat, Kanye West akan saman penyanyi rap tempatan, Altimet. 
Semua gara-gara lagu remix Malaysian Boy yang dikepalai oleh Altimet dikatakan karya ciplak bulat-bulat daripada lagu popular Kanye West bersama Estelle, American Boy. 
Dalam hati Divalah, kalau betul Kanye nak saman Altimet, biarlah dia saman, maknanya, kerja artis tempatan ada impak ke atas muzik antarabangsa. Hebat maknanya Altimet kita. 
Tapi, daripada pemerhatian Diva, Altimet ada tulis dalam Twitter bahawa dia langsung tak ada terima apa-apa 'surat cinta' daripada peguam Kanye. Dia cuma ikut dan nyanyi melodi lagu berkenaan yang diberikan oleh pihak Astro, jadi kalau Kanye nak saman, Astro yang patut kena saman bukan Altimet.

*******************************************************************
Selalu je aku gubah lagu dalam jamban tapi takde yang nak saman. hahaha 

4 comments:

Asyikin said...

dah dgr dah, boleh tahan best jugak. :)

Saraaa Leen said...

Hahaa . lagu diaorng best laaa :D
pe celup tiru bulat-2 lgu org HAHA

Freaky said...

hahaha nanti kecoh lak isu ni :D

kunci locker said...

eerrkkk....ok geram gila line aku sengal tak dpt nk tgok lagu tu...grrrr...lagu tu best tak??best??tak best??

sekel nk??hahahah...gurau jek...wah...