Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Friday, September 2, 2011

Masih Mood Raya Lagi Ke?

Assalamualaikum. Harini dah 2 September dah. Bagi yang bakal memasuki universiti mesti tengah bersiap-siap kemas barang kan. Bagi yang jauh pulak mesti dah dalam perjalanan ni. Yang aku tahu esok dah kena daftar dah. Bertambah lagi jumlah yang ingin meneroka ilmu dari ALLAH ni kan. Bagi yang tak suka belajar tu, biarkan mereka. Suatu hari nanti mereka sedarlah.



Aku pulak start kelas pada 12 September ni. So kenalah balik 10 @ 11 Sepetember ni. Tak tahu nak pilih tarikh yang mana. hahaha. Balik awal takut tak ramai orang pulak. Maklumlah bila bilik ditinggalkan terlalu lama akan ada yang menghuni bilik tersebut. Aku ni bila takut, memang takut gila. Tapi kalau berani, terlebih sangatlah pulak.

Sekarang ni pon aku tengah kemas barang sikit-sikit. Entah apa-apa la barang yang aku jumpa dalam kotak tu. Masa hari last sebelum cuti tu aku main sumbat je semua barang-barang aku. Sekarang baru terhegeh-hegeh nak susun balik. Lepas ni jumlah student dalam kelas aku bertambah lah sebab student diploma yang dah habis akan terus masuk tahun dua untuk degree. Sesak la lepas ni.


*******************************************************
Mintak-mintaklah budak-budak diploma yang masuk semua cun-cun belaka. hahaha

3 comments:

hira said...

wah, demand nampak. nak junior yang cun-cun je. melampau! hahaha :p

p/s: saya pula 6hb ni. so, byebye kepada blog. haha :D

Farhan Hanif said...

@hirabukan junior la...budak2 yg dah abis diploma akan masuk terus ke tahun dua...saya ni akan masuk ke tahun dua...hehehe

Ezad Skytech said...

haha..nak yang cun2 je..(^^,)