Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Thursday, October 20, 2011

Leveling Sekitar UTM

Assalamualaikum. Sunburn minggu lepas masih ada kesan lagi, minggu ni dah kena jemur lagi. Khamis minggu lepas group aku kena buat fieldwork dari pukul 8 pagi sampai pukul 6 petang. Patutnya ada kelas pukul 4 petang tapi nasib baik kelas dibatalkan. Ingat nak ponteng kelas tu.

Esok (Khamis) kena buat levelling pulak. Levelling ni macam mengukur ketinggian tanah dari satu tempat ke satu tempat lain. Agak jauh la jugak. Dari depan Kolej Tun Fatimah (KTF) sampailah ke Helipad berdekatan Masjid Tun Ismail. Lepas tu kena patah balik dari Helipad sampai ke depan KTF. KTF ni tempat Nad Itik Kuning berkeliaran. hahahaha

Gambar masa tahun lepas. Bakground tu la kawasan ukur minggu lepas. Takde pokok tempat berteduh. =D

Lepas tu kena kira-kira. Kalau bernasib baik dapatlah habis awal. Kalau tak bernasib baik, kena buat lagi sekali ukur levelling tu. Tu yang aku tak tahan tu. Benda ni terjadi masa minggu lepas sampaikan terpaksa buat sampai pukul 6 petang. Sedangkan kat jadual sampai pukul 12 tengah hari je.
***************************************************************
KTF tu kolej student perempuan. Boleh cuci mata sikit. hahahaha
***************************************************************

3 comments:

Ezad Skytech said...

bila da jadi student ni..biasa la..jadual kadang2 tu agak packed jugak...:)

da lama aq tak merasai kehidupan sebagai student ni..hee~

cik najihah said...

gak2 tanned x kulit? haha

cik fyza said...

baru tahu kat uitm johor pun ada kolej tun fatimah.. heeee :p