Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Sunday, October 16, 2011

"Love Bite" Dari Pacat

Assalamualaikum. Dah dua hari tak bukak blog ni. Baru je habis program Geomatic Junior Camp 2011 (GJC '11) yang diadakan di Kem Saujana Asahan, Melaka. Kem ini dikhaskan untuk pelajar tahun satu course aku dan dihandle oleh tahun dua iaitu kelas aku.


Aku ingat nak upload gambar setiap kali tamat program untuk sehari tapi malangnya WIFI boleh digunakan dalam dewan tempat buat LDK je. Dalam bilik takde WIFI pon. Malam semalam bawa laptop dalam dewan tapi ada masalah dengan connection laptop ni pulak. Lastly aku bagi kawan aku main PES 2012 sampai habis bateri.

Nak upload sekarang pon masalah jugak sebab semua koleksi gambar masih belum dapat ke tangan aku ni. Yang ada pon gambar yang diambil dari henset cikai SE W995 ni je.

Hari pertama (petang Jumaat)

Sebahagian daripada fasilitator/abang/kakak (berbaju hitam) yang terlibat dengan GJC

************************************************************
Tak perasan pacat sedut darah masa Night Jungle Treking (main agak je nama aktiviti ni). Sampai sekarang masih ada kesan "Love Bite" dari pacat. hahaha
************************************************************

1 comment:

aleen aiden said...

woahhh teringat zaman2 orientasi dulu.rindu!hu3