Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Friday, November 18, 2011

#1 Tazkirah Jumaat - 4 Perkara Perlu Dilakukan Sebelum Tidur

Assalamualaikum. Semoga ceria di pagi Jumaat yang mulia ni. Baiklah. Berdasarkan tajuk entri ni iaitu 4 Perkara Perlu Dilakukan Sebelum Tidur, apa yang anda semua lakukan sebelum tidur? Mungkinkah dengar lagu? Layan movie yang membosankan sampai tertidur? Atau baca buku sejarah atau apa-apa jenis buku dokumentari? Di sini aku nak kongsikan perkara yang sepatutnya anda lakukan sebelum tidur.


Perkara Sebelum Tidur (Tafsir Haqqi)

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah

Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al-Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.


Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.


Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.


Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

Dah baca? Jom amalkan mulai harini. Rasanya tak perlulah nak buka lagu Korea atau apa-apa jenis lagu sebelum tidur. Kalaulah mati ketika tidur macam mana? Bukannya kalimah ALLAH yang didengar sebaliknya alunan muzik. Wallahualam.

***************************************************
Oh Stress. Jangan dekati aku. Aku tidak mahu mengenalimu. =D
****************************************************

1 comment:

♥Lady Ainaa♥ said...

nice sharing....huhuhuhu.. 5 pillars of Islam, perlu dilaksanakan sblm mati..^.^