Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Thursday, November 10, 2011

Alahai Says.My

Assalamualaikum. Agak lama dah aku tak update. Wordless Wednesday je sampai berturut aku buat. Nampaklah ke-busy-annya tu sampai 3 minggu. hahaha. Sebenarnya nak kata busy tu takdelah busy sangat. Cuma malas nak type. So baca je lah blog-blog lain.

Bulan lepas aku ada bagitahu yang aku sudah cashout earning dari Churp Churp dengan Says.my. Setakat ni Churp Churp tiada masalah. Cuma Says.my je yang bagi masalah dekat aku. Macam-macam masalah berlaku. Mula-mula Says.my gantung akaun earning aku atas sebab aku letak link dekat link download (bukak banyak tab bila klik). Lepas tu aku bagi penjelasan sikit.

Kemudian 3 hari lepas dia hantar email cakap akaun bank yang aku suruh masukkan tu (Says.my terus bank in dalam bank) dah ada akaun lain yang guna. Maknanya dia cakap aku buat dua akaun Says.my dan gunakan akaun bank yang sama. WTF. Bila masa pulak aku buat dua akaun pon aku tak tahu.

Mungkin takde rezeki kot dari Says.my tu. Harap-harap takde masalah dengan Churp Churp pulak.
******************************************************
Cuti panjang-panjang, assignment tak siap lagi ni.
******************************************************

2 comments:

Ini Kisah Tia said...

takpe lah takde rezeki lettew :)

EmpayarUtama said...

Banyak earnings nampak hehe