Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Friday, November 11, 2011

Google Page Rank

Aku yakin majoriti blogger tahu apa itu page rank. Dari apa yang aku tahu Google PageRank atau PageRank atau PR merupakan satu penanda aras yang menentukan populariti sesebuah laman web kepada Google. Angka PR bermula daripada angka 0 sehinggalah ke angka 10. Sekiranya sesebuah blog itu mempunyai PR 10, ini bermakna blog tersebut merupakan sebuah blog yang popular. Manakala, jika blog itu menunjukkan angka PR 0, ianya bermaksud blog tersebut kurang mendapat perhatian daripada Google dan juga pengguna Internet yang lain. Dalam erti kata lain, Google PageRank boleh diibaratkan seperti bilangan bintang yang diberikan kepada hotel-hotel seperti hotel 5 bintang, 4 bintang dan sebagainya.

Beberapa hari lepas Google baru je update PR setiap laman web. Dan Alhamdulillah blog ni berjaya naik dari PR 0 ke PR 1. Naik satu rank je tak macam blog lain ada yang terus naik ke PR 2 macam blog Najihahfara ni. Tahniah.

Seingat aku blog ni dah naik PR1 masa bulan 6 dulu tapi turun PR 0 pulak masa bulan 7. Sekarang dah naik balik. Begitulah dunia blog ni. Kejap naik, kejap turun. Aku harap terus naik la. Tapi kena update selalu baru dapat tingkatkan PR tu.

Macam mana nak check PR blog korang? Kat sini ada 2 cara.

1) Search kat Google
Kalau search kat google ada banyak link untuk check PR ni. Tapi kat sini aku bagi yang biasa aku gunakan je la. Korang boleh guna PRCHECK ni. Kat web macam-macam boleh buat. nak test keberatan (loading) blog korang pon boleh. Nak test loading boleh ke Test Loading.

2) Guna Extension (pengguna google chrome sahaja)
Bagi yang guna google chrome korang boleh guna extension dari google. Klik SINI.

Extension dari google chrome

*******************************************************

7 comments:

Rosalia said...

good thumbs up :)

NadiRah said...

x abes loading lg tu ke?

faridah nazurah said...

tahniah sebab PR dah naik.. sy punya tak naik2.. tetap 1 je.. hehehe

cik najihah said...

eh ade blog aku lah hihi..
sumbangan dari blog ko jugak ..time kasih

Farhan Hanif said...

@cik najihah sumbangan aku kecik je...org lain yg byk beri sumbangan sbnrnya...=D

@faridah nazurah ok la tu PR1...dia ajak bersaing kot...hahaha

@NadiRah yang tu mmg lambat loading...xtau kenapa

@Rosalia thanks...=D

kak zmah said...

Good info

Ini Kisah Tia said...

uish .. boleh naik turun pulak? perghhh ..