Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Friday, November 11, 2011

Menyesal Aku Balik Awal

Assalamualaikum. Dah sehari aku berada kat UTM ni. Sangkaan aku bahawa aku yang paling lambat balik U memang silap besar la. Sampai je aku kat pondok pengawal semalam rasa agak lain sikit sebab jalan lengang je. Selalunya jalan situ ada la beberapa buah kereta atau motor yang lalu tapi semalam takde langsung. Aku bercakap dalam hati mungkin diorang sedang solat Maghrib kot sebab time aku sampai semalam dah pukul 7.30 malam.

Sampai je pintu bilik, dah rasa lain dah. Aras sunyi je. Jiran-jiran bilik semua tak balik lagi. So buat-buat berani je la. Alhamdulillah aku hidup lagi walaupon keseorangan malam tadi. hahaha. Tadi baru je tengok Al-Hijab sorang-sorang walaupon sebenarnya aku dah download cerita tu seminggu lalu. Cerita ni takdelah seram sangat (padahal tutup muka dengan bantal). hahaha.

Susah juga balik awal ni. Nak cari makan punya la susah. Ada arked (cafe) tapi tutup. Untunglah yang bawa kenderaan tu. Tadi pergi solat Jumaat pon jalan kaki. Takpe pahala banyak. =D

************************************************************
Tengah pikir malam nak makan apa.
************************************************************

5 comments:

thaqibzaki said...

Patutnya kena prepare awal awal. standby roti kaa. :)

takpa, ni pengalaman kan. :D

Sahabat yang prihatin said...

Jom la mkn luar mlm niee.. Pas maghrib yee.. Sian kawan aq sorng nie.. Huu3

Liefde Ain said...

sian kau pejo.. HEHE.

NadiRah said...

nad balik sok!!! ^^

mikeyvio said...

hahah...sya xblik lg. lusa tgh mlm bru blik. jgn jeles~! :D