Everyone wants life to run smoothly, but it’s the mistakes that make life interesting.

Saturday, May 5, 2012

Kisah Sang Kerengga (Komik Bergambar)


seekor kerengga memulakan langkah mencari rezeki...


kerengga pun berfikir... kanan atau kiri?



macam manusia..kerengga pun ada hari dia menjadi buntu...



keputusan telah dibuat..sang kerengga ke kiri moga-moga ada rezeki di sana..



di pertengahan jalan..
kerengga terserempak jkk (juru kemudi kerengga)...wakaka



dari jauh sang kerengga nampak rezekinya untuk hari ini..



slow-slow kerengga itu mendekati rezeki yang sedang dinikmati oleh kawan-kawannya...



makin lama makin dekat..tapi masih rasa malu-malu....



akhirnya..gilirannya pula untuk makan..
rezeki memang sudah dijanjikan oleh Allah swt..



sebiji nasi dimakan beramai-ramai..



tengah sedap melahap..datang cucunya tumpang sama..



bila dah kenyang..kerengga pun beredar untuk pulang..
di pertengahan jalan.. teringat isterinya masih belum makan..



suami yang baik..
tak akan melupakan isterinya...



kerengga pun pulang dengan hati yang riang...


**************************************************
Sebulan lebih tak update. =(
**************************************************

Sunday, April 1, 2012

Ada Apa Dengan 1 April?

Hari ini adalah 1 April 2012. Ada apa dengan 1 April? April fool? Ya ! 1 April merupakan April Fools Day. Orang Barat menyebutnya sebagai ‘April Mop’. Ada apa dengan april fool? Ramai orang Islam kini tidak tahu apa yg terkandung dalam april fool,yg mereka tahu ialah april fool adalah hari dimana boleh membodohkan orang atau mengenakan orang lain serta hari yg boleh dibuat kejutan. Sayangnya tidak ramai yg tahu asal usul april fool ini. Namun tahukah anda jika perayaan tersebut sesungguhnya berasal dari sejarah kekejaman tentara Salib terhadap Muslim Sepanyol (Andalus)? Perayaan April fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berawal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. April Mop atau The April’s Fool Day berawal dari satu episode sejarah Muslim Sepanyol di tahun 1487 atau bertepatan dengan 892 H. Sebelum sampai pada tragedi tersebut, ada baiknya kita mengimbau sejarah Sapanyol ketika masih di bawah kekuasaan Islam.


Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol beransur-ansur tumbuh menjadi satu negeri yang makmur. Pasukan Islam tidak saja berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitar menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang berupa pergunungan.Islam telah menerangi Sepanyol. Disebabkan sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka ramai penduduk Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan Islam. Mereka tidak hanya membaca Al-Qur’an tapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Qur’an. Mereka selalu berkata tidak untuk muzik, arak, pergaulan bebas, dan segala hal yang dilarang Islam. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya. Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Telah beberapa kali dicuba tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah pengintip untuk menyiasat kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya pengintip itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Spanyol, yakni melemahkan iman mereka dulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya. Maka mulailah secara sembunyi-sembunyi mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk menarik minat kaum muda agar lebih suka bernyanyi dan menari daripada membaca & mendengar ayat-ayat Qur’an. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang ditugaskan meniup-niupkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.


Akhirnya Spanyol jatuh dan dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibunuh tapi termasuk juga penduduk awam, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibunuh dengan sadis. Satu persatu daerah di Sepanyol jatuh, Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mencari & mengejar mereka. Ketika jalan-jalan sudah sepi, yg tinggal hanya sisa ribuan mayat yang bergelimpangan bermandikan darah, tentera Salib mengetahui bahwa ramai Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu mebuat pengumuman bahwa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan diperbolehkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian helah tentera Salib. Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam diperbolehkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya berjalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya & membakarnya. Api marak menjulang ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya. Sedang ribuan umat Islam yang tertahan di pelabuhan terpana ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak bisa berbuat apa-apa kerana mereka tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anaknya yang masih kecil-kecil. Sedang tentera Salib itu telah mengepung mereka dengan pedang terhunus. Dengan satu teriakan arahan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh dan menghapuskan umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah mengalir di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian setiap tanggal 1 April sebagai April Mop (The Aprils Fool Day).

Bagi umat Islam April Mop tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara-saudaranya seiman disembelih dan dibunuh oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Oleh kerana itu tidak patut jika ada orang Islam yang turut serta merayakan tradisi ini kerana dengan merayakan April Mop, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Mop, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol beberapa abad silam.

Jadi,adakah anda juga termasuk orang yang merayakannya?

Sebarkan kepada umat..
**************************************************

Wednesday, March 14, 2012

Fakta - Mengapa Penjara Pudu Dimusnahkan

Sebelum Penjara Pudu dimusnahkan dulu, pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Di bilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya di bilik gantung.

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.

Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati di tali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka di tali gantung.


Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.

Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada di kawasan itu. Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.

Alangkah terperanjatnya apabila mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau- ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila sampai je ke dalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata, "Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa " " mannnnnnnnnnnnn belon yang punyaaaaaa... Ha Ha Ha Ha Ha... Yaaaaaaa, mannnnnnnnnnn belon yang punyaaaaaa ... "

***************************************************************

Tuesday, February 21, 2012

Pak Najib Menangis?

Assalamualaikum. Majoriti student yang ambil degree telah pun memulakan semester baru semalam (Isnin). Selamat memulakan semeter baru aku ucapkan. Semoga semeter ini akan menjadi lebih baik daripada semeter yang lepas. Aku balik UTM Sabtu lepas. Saje balik awal. Nak kemas bilik yang selalu berhabuk punya pasal.



Cakap pasal Pak Najib menangis ni, agak-agak kenapa Pak Najib menangis?. hahaha. Ahad lepas aku layan movie Ghost Rider: Spirit of Vengeance kat TGV, Jusco Tebrau, JB. Cerita start pukul 9.20 malam. Masa beli tiket tu dalam pukul 8 pm camtu. So ada masa sejam tu, aku pergi kedai buku (sambil mendabik dada) untuk menghabiskan baucer buku 1 Malaysia pemberian kerajaan Pak Najib masa semester lepas.

Dan hasilnya....taraaa~

Lawak Kampus Jilid 7

Lawak Kampus Jilid 8

Lawak Kampus Jilid 9

Lawak Kampus Jilid 10

Lawak Gengkey

Foto Hebat Dengan Kamera Kompak

5 komik dan 1 buku ilmu. Jumlah harga buku ni RM51.50. So guna 1 baucer je lah tambah seringgit setengah. Ingatkan nak guna 2 baucer (RM100). Tapi tak sempat pulak. Ikutkan hati nak je beli komik sampai RM200. Tapi tak macam banyak pulak kan pastu nak kena bawak masuk wayang. Kalau Pak Najib tahu ni, menangis tak? hehehe

Maaf ye Pak Najib. =]


**************************************************************

Tuesday, February 14, 2012

Sembilan Bulan Kemudian

Assalamualaikum. Harini bersepah kat facebook dan twitter pasal Valentine. Siap ada yang design poster pasal pengharaman menyambut "Valentine's Day" lagi. Semoga mereka mendapat berkat atas usaha yang mereka lakukan ini.

Tapi paham-pahamlah umat akhir zaman ni berapa kerat je yang ingat peringatan tu. Akan ada yang rela tubuh dinodai. Tunggu je lah dalam tempoh sembilan bulan nanti. Akan ada kes pembuangan bayi. Yang selamat tu sudah tentulah guna kondom. Tapi kena ingat kau selamat kat dunia je, akhirat....???


***********************************************************
Jarang update sebab hilang fokus...hahaha =)
***********************************************************

Wednesday, February 1, 2012

#35 Wordless Wednesday


Wordless Wednesday : Pada setiap hari Rabu, semua blogger post gambar di blog tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut. gambar yang akan menceritakan apa yang tersirat.
************************************************************

Monday, January 30, 2012

Soal Jawab Bersama Ustaz Azhar Idrus


Tempat : Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
Tarikh : 29 januari 2012 (Ahad)

1. Orang lelaki tak boleh pakai perhiasan perempuan. rantai leher perempuan contohnya.
“Allah melaknat lelaki pakai pakaian perempuan.” Sembahyang sah walapun pakai emas. Sembahyang ditulis pahala, pakai yang salah ditulis dosa.

2. Apa hukum lelaki tangkap curi gambar perempuan?
Kalau gambar tu haram dilihat, maka gambarnya haram. Kalau publish expose kat public lak gambar tu dan memalukan dia, maka haram. Yang terbaik, kena minta izin tuan punya badan.

3. Berkat atau tak fotostat buku yang dilarang fotostat.
UAI: Fotostat dengan kebenaran adalah lebih baik. Hukumnya dibolehkan. Cari keberkatan dengan minta izin.

4. Saya kerja syarikat isteri saya. Gaji 6000 sebulan. Tapi dia bagi 3K je kat saya, 3K lagi dia simpan, tak bagi penuh sebab dia takut saya kawin sorang lagi. Apa hukum?
UAI: jika kita setuju, oklah. Kalau tak setuju, kerja dengan orang lain.

5. Sorang maknyah tukar jantina lelaki kepada perempuan telah bertaubat. Kena tukar balik kemaluan dia ke?
Tak wajib buat pembedahan semula. Cuma kena tanggung akibat tak dapat kahwin. Jika mudarat maka tak wajib, jika tak mudarat hanya perlu pembedahan minor, maka perlu bedah balik. Sama macam tatoo, kalau satu tubuh penuh tatoo, nak buang balik bahayakan diri, maka tak wajib buang.

6. Pegang tafsir Quran masa haid.
Boleh.

7. Solat pakai pakaian dalam je, tapi pakai kain sembahyang di luar. Hukum?
Kalau masa solat, nampak warna kulit belah dalam, tak sah. Kain nipis, tak sah semayang. Yang sah, nampak bayang hitam sebelah dalam. Pakai dua lapis adalah terbaik. Lelaki sama juga. Nampak bayang makruh, nampak warna kulit (aurat kat dalam), batal.

8. Jika solat 5 waktu tidak cukup, benarkah solat sunat tidak diterima?
Ada tiga pendapat:-
1) Selama mana tak cukup fardhu, maka tak diterima sebarang sunat. hendaklah kita tunaikan solat fardhu biar cukup, dan sedikitkan sunat. biar 5 fardhu jangan kurang.
2) Diterima, sebab kita dah sembahyang.
3) Yang masyhur, tetap haram dan tidak diterima Allah solat sunatnya, jika tak cukupkan hutang solat fardhu 5 waktu.

9. Apa hukum tak bayar tol?- Apa tujuan buat tol?
Kalau buat tol utk memeras rakyat, takyah bayar. Kalau tujuan utk membiayai jalanraya, jadi wajib bayar melainkan keadaan darurat. Tol yg ada skang, utk maslahat org awam takleh nak beza, maka balik kepada hukum asal yakni kena bayar.

10. Jika isteri keluar tanpa izin, malaikat akan laknat sampai dia kembali semula rumah. Isteri keluar siasat suami ada skandal ke tak cari kebenaran (kemungkinan ada perempuan). Boleh ke?
Isteri keluar rumah tanpa izin tanpa darurat memang haram. "Kemungkinan" tak boleh, yang boleh yang "PASTI". Kalau ada masalah, report kat QADI kejahatan suami spt tak bagi nafkah.

11. Saya photographer part-time. Sy upload gambar tak bertudung. Publish utk marketing je. Hukum?- Benda yg haram, maka haram kita expose. Tidak boleh letak gambar dedah aurat. Haram magazine2 yg ada gambar2 dedah aurat.
UAI: “Dengan kamera dia boleh masuk syurga jika gambar dia bawa manusia cinta kepada Islam.”

12. Jauh nak pulangkan al-Quran yang terambil dari tempat jauh.-
Mesti diwujudkan benda yg sama di tempat tu balik dengan harga yg sama (ganti dengan bank-in duit ke apa ke). Tak perlu pergi ke tempat jauh tu untuk pulangkan.

13. Suami jenis suka mengungkit.-
Tidak baik suami suka bangkit dan ungkit. bangkit boleh, tapi ketika isteri tu lalai utk keinsafan. Suami yang benar ialah suami yang berani tukar nyawa dia kepada isteri dia.

14. Jamak di rumah mentua di Terengganu. Rumah di Putrajaya. Boleh ke jamak?-
Kita boleh jamak bila musafir, Putrajaya – Terengganu sebab bukan rumah kita. tak bermukim di situ. 3 hari dan kurang – musafir yg singgah. 4 hari dan ke atas – pemukim.

15. Boleh amik air wudhu’ putus2? amik kat rumah, lepas tu di surau.-
Sunat selesaikan segera amik wudhu’. Nabi SAW pernah amik wudhu’ dua tempat.

16. Dapati suami org lain ada skandal dengan perempuan lain. So kena bgtau isteri dia ke tak yang dia skandal?
UAI: jangan beritahu kepada lawan, beritahu kepada empunya diri. kita jumpa suami dia cakap ngn org perempuan lain. kita takleh beritahu kat bini dia. beritahulah kat empunya diri. tanya dia utk tegur dan tahu perkara sebenar. jangan rosakkan rumahtangga orang.

17. Hukum doa fb.-
Berdoa dlm facebook; dengan niatlah jadi hukum yg berbeza2. Tujuan insaf, dapat pahala. Tujuan nak nunjuk2, sia2 perbuatannya. Kongsi doa baik, dapat pahala.

18. Hukum dengar nyanyian perempuan bukan mahram-
perempuan bernyanyi tidak boleh pada ajnabi.- suara ni ada dua hukum: suara aurat suara bukan aurat. Jika fitnah, haram.- sebaiknya, perempuan jgn nyanyi di khalayak ramai meskipun lagu2 nasyid.

19. Mengata orang dalam berceramah. Kalau laknat, sebut nama boleh ke tak?
Kalau yg Allah sudah sebut laknat itu dalam Quran. Boleh kita sebut Allah laknat. ( Spt Allah laknat org kafir )- “celakalah org yg tidak solat. celakalah org yg minum arak.” – ada dalam nas- ada nas, baru boleh kata. kalo tade nas, tak boleh kata.- nasihat; benda yg lembut kita lembut, benda keras kena keras.- jgn sebut nama kalau nak tegur dalam ceramah.

20. Hukum lelaki simpan rambut panjang:-
Lelaki boleh rambut panjang jgn sampai nampak macam perempuan. Panjang, tapi masih nampak lelaki. boleh.- Biarlah ada janggut dan misai, bolehlah rambut panjang senang nak cam sebagai lelaki.- Berambut panjang tidak salah.

21. Ada 2 masjid dalam 100 meter dalam 1 mukim?-
Boleh pegi mana2 masjid, tidak ada masalah.

22. Bab mandi jenazah, aurat si mati bagaimana?-
Aurat mayat sama macam aurat org yg masih hidup.- Umumnya, aurat wajib tutup antara ayah dan anak – pusat sampai ke lutut. tak boleh pakai spender je depan anak. Anak yg masih kecik tak reti apa2 takpe, tak haram walaupun ayah dia bogel. Wajib kena hormat mayat. Minimakan pemandi mayat sehingga 2 orang sebaik2nya. Aib pada mayat jika org lain nampak aurat si mati.

23. Amalan diterima ke tak, menuduh hamba Allah wat benda buruk?
amalan yg tidak diterima doa, doa org yg makan yg haram. kutukan kita berdosa. amalan diterima selagi mana tidak buat benda2 yg menghalang doa diterima.

24. Terlepas rakaat: Tok imam tgh tahiyyat awal, dia baru mari..dia pun duduk tahiyyat. dapat ke tak rakaat? Tak dapat.

25. Bersumpah takkan kawin selain teman wanita? nazar atau sumpah?-
Sumpah dikira bila kata “Demi Allah.” Cth:”Wallah, Tallah”.- Junjung Quran tak jadi apa, itu bukan sumpah. Dia boleh kahwin dengan org lain walaupun dah bersumpah atas nama Allah tp kena bayar kafarah bersumpah, bagi makan org miskin.- Iktibar lagu maher zain, “barakallahulakuma” utk ucap tahniah org kahwin. bukan kata, “moga kekal ke anak cucu.”

26. Bolehkah sy selalu mandi wajib walaupun tidak junub. alang2 dah mandi, baik mandi wajib.
Jwbnya: bid’ah. org tak suruh kenapa nak mandi wajib. mandi2 ni perintah Allah, takleh nak main2. mandi wajib ada sebabnya tersendiri. niat bersuci macam biasa je lah (thaharah), dapat pahala.
***************************************************************
Kalau tengok yang secara lisan lagi best. =)
***************************************************************

Ustaz Azhar Idrus (UAI) Vs Anugerah Juara Lagu 26 (AJL 26)

Assalamualaikum. Ramai betul yang update pasal Anugerah Juara Lagu 26 (AJL 26). Buka je dashboard tengok-tengok ramai update pasal AJL 26 ni. Nak main SEO punya pasal.

Aku tak tengok pon awal-awal AJL 26 tu semalam. Terpukau dengan ceramah Ustaz Azhar Idrus di Shah Alam. Nasib baiklah ada yang buat streaming ceramah tu. Dapatlah tengok secara live. Dah macam tengok bola time kat U rasanya. Alhamdulillah streaming tu lancar je. Langsung tak sangkut-sangkut walaupun aku tengok kat live chat tu ramai cakap sangkut-sangkut.


Ramai jugak yang tonton streaming ni semalam. Jumlah viewers pon ramai 30 ribu dah sama macam yang tengok di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah di Shah Alam. Dapat tengok dari awal sampai habis. Ceramah habis pukul 10 malam iaitu sejam selepas AJL 26 berlangsung. 

Habis je ceramah baru tengok AJL 26. Tu pon tengok time lagu Awan Nano nyanyian Hafiz AF je. Time umum pemenang aku dengar je sebab tengah main game kat lappy time tu. Tak dapat nak tengok Shila Hamzah hampir terjatuh. hahaha.

Juara Lagu Ke 26
Awan Nano (M Nasir / Budi Hikayat / Hafiz)

Naib Juara Lagu Ke 26
Beribu Sesalan (3 Suara - Jaclin victor, Ning Baizura, Shila Hamzah)

Tempat Ketiga Juara Lagu Ke 26
Karma (Audi Mok / Faizal Tahir)

Persembahan Terbaik
Kisah Hati oleh Alyah

Vokal Terbaik
Hafiz (Awan Nano)

Pengumuman Hafiz sebagai juara membuatkan aku terus membuat status kat facebook. hahaha.

**************************************************************
Semakin serasi dengan Persona. Tapi mak bawak pergi sekolah tempat dia mengajar pulak. Takut aku jalan jauh la tu. huhu =)
**************************************************************

Thursday, January 26, 2012

Kali Pertama Masuk Wayang

Assalamualaikum. Agaknya ada orang percaya ke aku tak pernah masuk wayang sebelum ni? haha. Sebenarnya memang betul pon semalam aku pertama kali masuk wayang tapi untuk tahun 2012 la. haha. Semalam tengok wayang cerita Underworld : Awakening 3D. Terbang duit aku RM15 sebab tengok 3D punya pasal.


Aku pernah tengok cerita 3D sebelum ni. Cerita Green Hornet kalau tak silap. Tapi yang semalam punya 3D serius tak sama macam yang aku tengok sebelum ni. Entah macam mana kepala aku boleh tergerak sebab nak elak kena serpihan kaca dalam cerita. Bukan aku sorang je. Penonton depan aku pon tergerak kepala jugak masa scene tu. haha.

Ingat esok nak tengok Journey 2 : The Mysterious Island pulak. Sebab semalam sebelum cerita Underworld tu start ada trailer pasal Journey 2 ni. Macam best je tengok sebab ada The Rock. Terbang lagi RM15 aku. haha.



********************************************************
Harap dia okay. =)
********************************************************

Wednesday, January 25, 2012

#34 Wordless Wednesday


Wordless Wednesday : Pada setiap hari Rabu, semua blogger post gambar di blog tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut. gambar yang akan menceritakan apa yang tersirat.
************************************************************

Thursday, January 19, 2012

Tidak Seperti Karya Yasmin Ahmad

Assalamualaikum. Tibanya musim perayaan akan ada satu filem pendek atau iklan yang sering aku tunggu iaitu iklan dari PETRONAS. Sempena Tahun Baru Cina yang akan datang, satu lagi iklan dari Petronas telah disiarkan. Untuk info lebih lanjut boleh ke SINI.


Apa yang pasti sejak pemergian arwah Yasmin Ahmad, aura dalam pembuatan iklan musim perayaan semakin berkurang. Mesej-mesej yang ingin disampaikan kepada penonton tidak semua akan paham. Korang boleh lihat komen-komen seperti yang nyatakan diatas di video tersebut. Ada yang komen mesej yang ingin disampaikan hanya muncul di saat-saat akhir.
komen setakat pukul 7 petang tadi....

Jadi korang nilailah sendiri mesej-mesej yang ingin disampaikan tu di SINI.
**********************************************
Dia dah tahu ke? Nampak sangat perubahan yang berlaku...huhu
**********************************************

Wednesday, January 18, 2012

#33 Wordless Wednesday


Wordless Wednesday : Pada setiap hari Rabu, semua blogger post gambar di blog tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut. gambar yang akan menceritakan apa yang tersirat.
****************************************************************
Packing barang nak balik....huhu =)
****************************************************************

Friday, January 13, 2012

Langgar Pantang

Assalamualaikum. Dah lama aku tahan nafsu nak makan mee segera. Sejak aku duduk matrik lagi. Maksud aku takde la tak makan langsung. Dulu aku makan setahun cuma 2 atau 3 kali je.

Tapi hari Selasa haritu aku beli satu pek (ada 6 bungkus). Dan petang tadi habislah satu pek tu. Dalam masa 3 hari, 6 bungkus aku telan. Serius. Tak tahulah apa nak jadi pasni. Mungkin rambut akan mula berguguran kembali setelah beberapa tahun tak mengalami keguguran. hahaha.

Sebenarnya makan mee segera ni macam dah jadi satu kemestian bagi pelajar-pelajar samada di sekolah, kolej atau universiti. Dulu masa zaman sekolah, sebelum balik asrama (SAMURA), aku akan singgah mini market dengan perents dan bahagian makanan segera akan aku terjah dahulu. Tapi sejak masuk matrik (KMNS), aku akan elakkan dari membeli benda-benda tu sebaliknya aku pilih biskut-biskut. Alhamdulillah aku berjaya tahan sampai sekarang (walaupun dah telan 6 bungkus dalam 3 hari).

Ramai yang tahu keburukan mee segera ni tapi masih makan juga benda tu termasuklah aku. Nak tahu keburukan mee segera ni boleh baca di Cyber Clinics.
**************************************************
Ada yang cakap nak diet tapi masih telan maggi. Apa kejadah namanya tu? =)
**************************************************

Wednesday, January 11, 2012

#32 Wordless Wednesday


*********************************************************
Wordless Wednesday : Pada setiap hari Rabu, semua blogger post gambar di blog tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut. gambar yang akan menceritakan apa yang tersirat.
*********************************************************

Sunday, January 8, 2012

Awak terlalu baik untuk saya

Assalamualaikum. Sekarang tengah hujan kat JB ni. Memang sedap la sambung tidur lagi-lagi hari ni hari minggu.

"Tuhan sengaja menemukan kita dengan orang salah sebelum bertemu jodoh yang sebenar"

Sebenarnya dulu aku sokong dengan ayat di atas tapi sekarang baru aku sedar yang sebenarnya ayat ni dicipta oleh golongan-golongan yang tidak tahu menilai erti sebuah perhubungan. Bagi aku ayat ni cuma dijadikan satu alasan untuk berpisah dengan pasangan. Ayat yang paling tepat adalah 

"Tuhan sengaja menduga kita dengan pelbagai ujian untuk kita lebih mengerti dan menghargai akan sebuah perhubungan"

Satu lagi penggunaan ayat yang aku rasa sangat tidak puas hati. Sering kali digunakan sebagai alasan untuk putus.


"Awak terlalu baik untuk saya"

Kalau macam tu pergilah cari penyangak, kaki raba, penipu atau muka-muka yang paling dikehendaki polis tu. Apa guna ada insan berhati mulia kalau bukan untuk membimbing pasangan masing-masing. Siapalah kita nak menentukan siapa jodoh kita. Tak tertulis pon kat dahi yang dia tu jodoh kita. Sesiapa pon boleh jadi jodoh kita. Jadi kurangkanlah penggunaan ayat-ayat ni untuk dijadikan sebagai alasan berpisah.

"Kurangkan bekas (Ex), tingkatkan bla bla bla (tak tahu nak taip apa)"
***********************************************************
5 paper to go...=)
***********************************************************

Wednesday, January 4, 2012

#31 Wordless Wednesday


Wordless Wednesday : Pada setiap hari Rabu, semua blogger post gambar di blog tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut. gambar yang akan menceritakan apa yang tersirat.
*********************************************************
1 subjek sudah "BERJAYA" dijawab...Tinggal 6 subjek lagi untuk dijawab....=)
**********************************************************

Tuesday, January 3, 2012

Penggunaan Kalimah MasyaAllah dan Subhanallah

Assalamualaikum. Semalam coursemate aku ada post pasal penggunaan kalimah "MasyaAllah." Lepas aku baca post tersebut terus aku terfikir macam mana pulak dengan kalimah "Subhanallah?" Seringkali kita mendengar terpacul keluar dari mulut seseorang perkataan "Subhanallah" dan juga "MasyaAllah" apabila melihat sesuatu atau terlanjur melakukan sesuatu.


Contoh gambar serta komen yang aku rasa memang kena dengan topik ini.

Bagi aku orang yang selalu menyebut ungkapan itu adalah orang yang beragama. Namun jika dikaji secara mendalam, ada sedikit kejanggalan pada ungkapan mereka. Bukan hendak memperlekeh orang yang menyebut perkataan itu. Sebelum ni aku pun silap jugak pasal benda ni.

******************************************************
Zikir Yang Menjadi Adat

Di alam Melayu, selalunya kita akan mendengar ungkapan sebagaimana berikut jika kita rasa terkejut bila mendengar atau melihat sesuatu yang negatif, contohnya bila kita dengar orang yang buat maksiat

"Masya Allah, kau berjudi?"

atau juga bila kita dengar cerita seseorang yang menzalimi ibu bapa, anak, isteri dan sebagainya

"Masya Allah, anak apa kau ni, buat begitu kat mak ayah kau"

Begitu juga dengan kalimah "Subhanallah." Biasanya jika berlaku perkara yang difikirkan ajaib, takjub dan indah, ungkapan "Subhanallah" akan keluar. Contohnya jika kita dengar orang dapat 20 A1 dalam SPM.

"Subhanallah, hebatnya dia"

Begitulah kita, jika kita mendengar sesuatu yang baik, pasti kita akan sebut "Subhanallah" dan jika kita mendengar sesuatu yang buruk atau negatif , kita akan ungkap "MasyaAllah"
****************************************************
Penggunaan Yang Terbalik

Jika diteliti dan dikaji, perkataan (ungkapan zikir) yang kita gunakan (praktik) ketika berhadapan dengan situasi di atas amat berbeza dengan apa yang diajar oleh Islam.

Ungkapan "MashaAllah" sepatutnya digunakan untuk perkara yang menggambarkan keindahan, ketakjuban yang positif terhadap sesuatu perkara. Sebagai contoh, kejayaan seseorang dalam pelajarannya atau bidangnya perlu kita sebut

"MasyaAllah, hebatnya dia dapat 20 A1 dalam SPM"

"MasyaAllah, dia dapat cipta enjin solar berkelajuan tinggi"

"MasyaAllah, cantiknya baju awak"

Dalam masa yang sama, penggunaan kalimah ini boleh menghindari seseorang mendapat penyakit "ain" atau sumpahan mata . Oleh itu tidak hairanlah jika kita dapati di kebanyakan negara Arab, Pakistan dan Iran , mereka akan melakarkan perkataan "MasyaAllah" jika mereka sedang dalam proses pembinaan bangunan dan kalimah itu kekal sehinggalah bangunan siap dibina.

Manakala penggunaan kalimah SubhanaLLAH pula biasa digunakan oleh baginda SAW dalam perkara yang dianggap pelik atau hairan pada perbuatan yang kurang tepat. Sebagai contoh dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Tirmizi, dari Abu Hurairah ra mafhumnya

"Suatu hari aku berjunub dan ternampak Rasulullah SAW berjalan bersama para sahabat, lantas aku menjauhi mereka dan pulang untuk mandi junub, setelah itu aku datang menemui Rasulullah SAW. Baginda bersabda: Wahai Abu Hurairah, mengapakah engkau melarikan diri tatkala ternampak kami? Aku menjawab: Wahai Rasulullah , aku kotor (berjunub) dan aku tidak selesa untuk bertemu kalian. Rasulullah SAW bersabda: Subhanallah!! sesungguhnya mukmin tidak najis"

Lihatlah bagaimana ungkapan Nabi tika mendengar kata-kata Abu Hurairah . Baginda tersentak dengan fahaman Abu Hurairah yang kurang tepat. Oleh itu, sepatutnya jika berlaku atau terdengar sesuatu yang negatif , kita ungkapkan "Subhanallah", contohnya

"Subhanallah, awak belum solat lagi?"

"Subhanallah, kenapa boleh jadi macam tu?"

Mungkin kita tertanya-tanya, bagaimana pula ayat Al-Quran yang menggunakan kalimah "Subhanallah" ketika membicarakan soal penciptaan langit dan bumi serta seisinya yang cukup mengagumkan?

Jawapannya ialah kerana ketakjuban kita dan keindahan yang memukau itu menyebabkan minda kita melayang-layang yang memudahkan syaitan menusuk 'jarumnya' untuk membayangkan zat Allah, lantas kita perlu sucikan Allah dari segala bentuk bayangan minda yang salah. Juga untuk memasakkan dalam jiwa kita sekalipun kita takjub pada alam, Allah yang lebih layak untuk kita kagumi. Wallahu a'lam.
*************************************************
MasyaAllah, comelnya dia....=)
Subhanallah, kenapa aku takut nak berterus terang?
*************************************************

Monday, January 2, 2012

Daftar Chatbox Yang Baru

Assalamualaikum. Shoutmix telah pon membatalkan semua akaun percumanya pada 1 Januari 2012 yang lalu. Ini menyebabkan ramai kaki blogwalking susah nak blogwalking.


Sekarang aku dah tukar kepada chatbox yang baru. Korang boleh ke Fibox untuk mendaftar dan seterusnya memasang chatbox yang baru.

Macam mana nak daftar? Ikut step seperti dalam gambar.

1. Klik Sign Up kemudian isi semua butiran yang dikehendaki.
2. Email pengesahan akan dihantar kepada email.
3. Buka email kemudian klik link dalam email pengesahan tersebut.

4. Paparan seperti diatas akan keluar selepas anda log in akaun anda.
5. Klik Setting.

6. Copy embed code seperti yang tertera kemudian pastekan ke dalam HTML/Javascript gadget.

7. Inilah hasilnya.


Nak sembunyikan chatbox macam yang aku buat? Boleh ke Tutorial Untuk Blog di SINI.
**************************************************
Entri pertama tahun baru. =)
**************************************************